Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Sibuk Lakukan Persiapan, Fasha Sandha Dan Aidil Aziz Bertunang Tidak Lama Lagi?

Mengenali antara satu sama lain dengan lebih rapat sejak setahun yang lalu, pelakon Fasha Sandha dan Aidil Aziz kini semakin terbuka mempamerkan kemesraan mereka dengan orang ramai. Sering memuat naik gambar berdua di akaun Instagram masing-masing, ramai yang boleh melihat sinar cinta serta kebahagiaan mereka.

Advertisement

Terbaru, mereka dikhabarkan bakal mengikat tali pertunangan pada pertengahan bulan ini dan sedang rancak melakukan persiapan termasuk menempah busana untuk majlis istimewa itu.

Bagaimanapun, Fasha ketika dihubungi pihak media enggan memberikan komen lanjut mengenainya.

Maaf. Saya tak boleh jawab apa-apa selagi perkara itu belum berlaku. Namun, apa-apa pun, saya nak ucapkan terima kasih kepada peminat yang mendoakan yang baik-baik untuk saya, Aidil dan dua anak saya.

Saya terlalu sibuk dengan kerja. Jadi, saya serahkan semuanya pada pihak keluarga untuk membuat keputusan mengenai kehidupan peribadi.

Advertisement

Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang? Apa salahnya untuk mengumumkan sesuatu perkara yang baik, pastinya ramai yang akan mendoakan kebahagiaan Fasha dan Aidil.  Apa-apa pun, jika berita ini benar, kami ucapkan tahniah.

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

11 Comments

  1. GodZilla

    November 12, 2018 at 8:35 am

    o…hari tu merisik la kot. yg jejai wish tahniah2 tue.
    takpe la nak bertunang pon.
    sbb maybe ni yg pertama utk azli & yg hepi2 utk fasha.
    perkahwinan fasha dulu kan penuh drama.
    kali ni biarlah dia nak merasa hepi2 mcm org lain jgk.
    aku bukan fan dia tp aku bukan jenis kaki kecam tak tentu hala.

    nak kecam ..baik korang kecam mamat yg dera fizikal & seksual bb 11 bulan tu! kecam laki bini tak guna & tak bertanggungjawab menyababkan kematian bb tu!
    kecam sampai diorang tak boleh angkat muka & kemurungan sampai mati!

  2. Anonymous

    November 12, 2018 at 8:31 am

    takleh blah ‘saya terlampau sibuk dengan kerja & serahkan urusan peribada pd keluarga’ sebok menatang apa kalau ok je nak keluar dating.

  3. Anonymous

    November 12, 2018 at 8:26 am

    Tak paya tunang2 terus nikah je dah selalu peluk cium…

    • Anonymous

      November 12, 2018 at 1:37 pm

      Ko baik sgtkh. Suci murni jugakkh.

  4. Anonymous

    November 12, 2018 at 8:15 am

    congrats fasha and idil-u both muka da seimbas memang berjodoh.

    • Anonymous

      November 12, 2018 at 8:53 am

      seimbas ke seiras????

  5. aager

    November 12, 2018 at 3:55 am

    errm

Loading...
To Top