Sibuk Jalani Penggambaran Drama, Siti Elizad Terpaksa Tunda Rawatan IVF

Hiburan

Sibuk Jalani Penggambaran Drama, Siti Elizad Terpaksa Tunda Rawatan IVF

Mengakui bakal menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF) selepas tamat penggambaran drama Jalan Sesat Ke Syurga yang masih dalam penggambaran, pelakon Siti Elizad menyatakan beliau mahu menghabiskan penggambaran drama berkenaan terlebih dahulu bagi mengelak diri daripada kepenatan dalam tempoh rawatan.

siti elizad tunda rawatan ivf

Advertisement

Menurutnya, drama terbabit sepatutnya sudah selesai, namun disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ia ditunda.

“Saya tak mahu terlalu penat kerana ia memberi kesan kepada rawatan. Jadi, saya akan menjalani rawatan selepas penggambaran selesai dan hanya fokus sebagai penyampai radio dalam tempoh setahun.”

Bimbang akan memberi kesan pada bayi kerana banyak menerima tawaran melakonkan karakter sedih, Elizad menjelaskan dirinya mahu tenang dan gembira sahaja sepanjang menjalani rawatan.

siti elizad tunda rawatan ivf

“Saya mahu dalam tempoh saya menjalankan rawatan, saya tenang dan gembira sahaja. Tetapi, jika ada tawaran watak undangan, saya akan mempertimbangkan.”

Terdahulu, Elizad pernah berkongsi akan menjalani rawatan IVF selepas Aidilfitri, baru-baru ini. Namun, susulan terikat dengan penggambaran drama Jalan Sesat Ke Syurga, perancangan itu terpaksa dianjakkan.

siti elizad tunda rawatan ivf

Untuk rekod, Elizad telah melangsungkan pernikahan dengan duda anak dua iaitu Shamsul Baharin pada 11 Januari 2015. Meskipun telah memasuki tahun kelima hidup bersama, Elizad dikhabarkan masih belum dikurniakan cahaya mata sehingga kini.

Sumber: BH Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...