“Sibuk Bertiktok” – ‘Baby’ Di NICU Dibiarkan Menangis, Netizen ‘Naik Hantu’ Lihat Sikap Nurse Bertugas

Kehidupan

“Sibuk Bertiktok” – ‘Baby’ Di NICU Dibiarkan Menangis, Netizen ‘Naik Hantu’ Lihat Sikap Nurse Bertugas

Satu perkongsian media sosial baru-baru ini telah membuatkan golongan wanita terutamanya mereka yang bergelar ibu ‘naik hantu’ melihatkan video TikTok yang dipercayai dimuat naik oleh seorang jururawat di sebuah hospital.

Ini kerana dalam video tersebut, jururawat tersebut telah memuat naik sedutan video menunjukkan bayi yang dibiarkan menangis di NICU sambil bermain TikTok.

Advertisement

Yang lebih membuatkan lebih geram adalah apabila penggunaan latar belakang bunyi video tersebut yang tidak sesuai dan boleh mengguris hati sesiapa sahaja yang melihatnya seperti dakwaan netizen.

Menjengah ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan jururawat tersebut yang hanya melihat sahaja bayi tersebut menangis malah sempat merakamnya dan memuat naik ke TikTok.

Kata mereka, seorang penjawat awam tidak boleh sesuka hati memuat naik video seperti itu sedangkan ibu bapa bayi sendiri tidak dibenarkan untuk melihat anak jauh sekali untuk mengambil video atau foto ketika dalam hospital.

TwitterSumber : Twitter  

Parents nak ambil gambar untuk tatapan peribadi pun tak boleh. Tang nurse ambil, upload letak kat TikTok boleh pula? Tak ada etika.

Namun begitu, ada juga yang berkongsi pengalaman anak berada di NICU yang mana kebanyakan jururawat akan membiarkan sahaja bayi menangis tanpa pengawasan.

“Kalau budak tu tiba-tiba tak ada sebab menangis kuat sampai kejang-kejang.Kesian tau baby dibiarkan menangis macam tu pastu boleh pulak buat video.” komen seorang netizen.

Tips anak hilang
3 years ago

"Jangan Panggil Nama" - Wanita Ini Beri Tips Cari Anak Hilang Di Tempat Awam, Dakwa Lebih Senang Jumpa

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...