“Sibuk Bash Orang Curi Design Kau, Tapi Customer Kau Layan Macam Hape”

Trending

“Sibuk Bash Orang Curi Design Kau, Tapi Customer Kau Layan Macam Hape”

Berapa hari lepas, kami ada kongsikan satu artikel tentang seorang pengasas jenama fashion yang tidak puas hati kerana rekaan pakaian miliknya dicuri oleh seorang individu yang dulu dikenali sebagai Awek Legoland. Alaa shasha mushiro ke apa tah nama dia, lepas viral terus pakai nama konon konon hispter fashion.

Advertisement

Ya curi design adalah sangat keji. Jika design tersebut tiada hak milik sekalipun, perbuatan mencuri rekaan orang lain adalah salah dari segi integrity seorang pereka fashion.

Tapi kalau bash orang je reti tapi order pelanggan buat main main tak guna juga.

Seorang pelanggan dari jenama fashion tersebut melepaskan kemarahan di wall facebook miliknya kerana baju yang ditempah sebulan lepas masih tidak dapat. Sebulan sebelum puasa yang sebetulnya, 2 minggu je lagi nak raya tapi baju raya pun tak ada. Cian akak ni.

Disebabkan baju tak siap, beliau melepaskan kemarahan lagi dengan mengkritik tentang harga baju tersebut. Fasa pertama baju tersebut adalah hanya RM400 dan discount RM100 untuk yang order awal, lepas dapat banyak order tiba tiba naik jadi RM529 tapi discount RM100 tu masih available.

Tapi akak ni memang hantu fashion lah. Bila dijanjikan release 6 may tapi tiada sebarang update yang diterima. Beliau follow up lagi sampai la pertengahan may dengan whatsapp pun 3 hari baru nak balas. Akak ni bengang la, dia je follow up tentang baju tu tapi company tak pernah pun nak update apa apa. Sapa tak marah kan? Baju nak buat raya ni.

Berikut merupakan luahan hati akak ni yang masih tak ada baju raya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...