Written by Bella | June 12th, 2019

Beberapa hari lalu, pelakon Fasha Sandha dikejutkan dengan berita sedih dimana beliau mengalami keguguran ketika kandungannya mencecah usia enam minggu.  Fasha akui sebab keguguran kandungan itu adalah kerana silap beliau yang tidak mengikut pesan doktor untuk tidak terlalu lasak ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Dikala ramai yang mendoakan agar beliau dan suami, Aidil Aziz kekal tabah, ada pula individu yang meninggalkan komen agak biadab menyindir tindakan Fasha berkongsi tips cepat hamil sehingga terlupa tips untuk tidak gugur.

Tampil membidas komen tersebut, Fasha menjelaskan tujuan beliau berkongsi tips hamil hanyalah sekadar untuk berkongsi ilmu dengan peminat.

Fasha juga memberitahu, beliau juga tidak serik berusaha untuk hamil lagi selepas ini.

Itulah kata orang, dikala kita dalam kesusahan ataupun ditimpa ujian, pasti akan ada seseorang yang menambahkan lagi duka di hati, mengkritik perbuatan kita seakan dirinya sudah cukup sempurna. Apa-apa pun, kami harap Fasha terus tabah, tidak perlu tertekan dengan segala komen negatif.

Sumber Berita : mStar Online

23 responses to Sibuk Bagi Tips Cepat Hamil, Lupa Tips Tidak Cepat Gugur – Netizen Sindir Keguguran Fasha Sandha

  1. pasah sendu says:

    beria sangat nk tunjuk humble naik train bagai nak show off humble. aulohh aidil tu xblh nak drive ke susah payah kendong bag anak bagai. bangang abadi. pastu beria sgt tayang2 mak mertua paling baik la. bary lg fasha oi nnti cerai bru tau. takyah beria sgt tyg kebahagiaan ko. mcm bagus sgt je lol. sory dah xrelevan la cite dia ni. semak. dah tua dah pon. batak sgt nak menunjuk kebahagiaan batak pujian. niat tu xtau apa . sbb tu la jadi cmtu. muhasabah la

  2. umairah says:

    memang tak suka masa dia beekongsi tips cepat hamil tu. dah tuhan nak bagi, dapatlah. tapi rsenya xperlu nak menyindir begini. kalau zde benda bail nak ckp, diam je lah. buat pe nak cipta dosa. keguguran pun tuhan yg bagi, nak uji hati manusia. sabarlah.

  3. Si Wekkkkk muka tapak sulaiman says:

    fasha ni selalu humble brag.. tau la nak menunjuk tapi acah2 humble

  4. Anonymous says:

    Ntah nye…time share tips mengandung bkn main…mcm ayat copy paste dr majalah..terutama bab doa2 tu…so skrg ni doa laa byk2 semoga diberi ketabahan…bkn dok update kat media sosial…jgn time sng je kt igt nk berdoa time susah xnk berdoa…Allah uji skit je tu…

  5. muak says:

    nk minta perhatin je lebih..kurang kaseh sayang dia ni