Written by Bella | June 12th, 2019

Beberapa hari lalu, pelakon Fasha Sandha dikejutkan dengan berita sedih dimana beliau mengalami keguguran ketika kandungannya mencecah usia enam minggu.  Fasha akui sebab keguguran kandungan itu adalah kerana silap beliau yang tidak mengikut pesan doktor untuk tidak terlalu lasak ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Dikala ramai yang mendoakan agar beliau dan suami, Aidil Aziz kekal tabah, ada pula individu yang meninggalkan komen agak biadab menyindir tindakan Fasha berkongsi tips cepat hamil sehingga terlupa tips untuk tidak gugur.

Tampil membidas komen tersebut, Fasha menjelaskan tujuan beliau berkongsi tips hamil hanyalah sekadar untuk berkongsi ilmu dengan peminat.

Fasha juga memberitahu, beliau juga tidak serik berusaha untuk hamil lagi selepas ini.

Itulah kata orang, dikala kita dalam kesusahan ataupun ditimpa ujian, pasti akan ada seseorang yang menambahkan lagi duka di hati, mengkritik perbuatan kita seakan dirinya sudah cukup sempurna. Apa-apa pun, kami harap Fasha terus tabah, tidak perlu tertekan dengan segala komen negatif.

Sumber Berita : mStar Online

23 responses to Sibuk Bagi Tips Cepat Hamil, Lupa Tips Tidak Cepat Gugur – Netizen Sindir Keguguran Fasha Sandha

  1. Anonymous says:

    kenapa nak kutuk2 pulak, kita doakan yang baik2 lah ….. ada hikmah disebalik apa yang berlaku… Semoga Fasha tabah dengan dugaan ini dan diberi kesihatan yang baik2 untuk menjalankan kehidupan seterusnya….

  2. unknown says:

    sebenarnya pengajaran untuk suma orang.. terlalu awal utk share.. kita xtau apa yg dh ALLAH tetapkan untuk kita..

  3. feldegast says:

    Banyak makcik-makcik bawang yang bitter dalam ni. Orang kata kalau sakit hati tengok orang bahagia, kena check hati tu balik.

    Tapi makcik bawang tetap makcik bawang. Lol!

    • Anonymous says:

      Bitter or not, lets learn from what happen to fasha. No brag, no show off, live w dignity. Thanks god that whatever happened, its not to us and though if it happened to us, it is not showcased for everyone to see and later condemned for the embarrassing parts.

  4. Anonymous says:

    Azrinaz mazhar Hakim tu hamil dah 6 bln baru umum.. takde pulak sibuk share2 tips hamil bagai

    • Anonymous says:

      hahaha kan, tips cepat hamil org boleh google aje berlambak2 page sampai berpuluh2 page tips cepat hamil, rajin x rajin aje lah ko nak baca satu2

  5. Anonymous says:

    Dari bercinta peluk cium angkat2 dinasihat tak lut….
    Sekarang hadaplah …
    Tak lama upload lagi cara2 jimak supaya cepat hamil..
    Nak cepat dpt anak sebab laki muda dia dah tua..