Siasatan Salah Laku Projek DBKL Dikaitkan dengan Afdlin Shauki Dijangka Selesai Minggu Depan

Trending

Siasatan Salah Laku Projek DBKL Dikaitkan dengan Afdlin Shauki Dijangka Selesai Minggu Depan

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa berkata, siasatan terhadap perolehan projek Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dijangka selesai minggu depan.

Memetik laporan Berita Harian, dia memaklumkan bahawa audit dalaman DBKL sedang menjalankan siasatan tanpa menetapkan tempoh khusus untuk penyelesaiannya dan siasatan ini akan melibatkan semua pihak yang berkaitan, termasuk memanggil Datuk Afdlin Shauki untuk memberikan keterangan.

Advertisement

afdlin shauki

 

Saya berharap DBKL dan Yayasan Wilayah Persekutuan melaksanakan siasatan ini sebaik mungkin.

Dr. Zaliha menyatakan bahawa Afdlin berhak menafikan tuduhan tersebut, namun dari segi tadbir urus, jabatan serta agensi di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan perlu menjalankan tanggungjawab mereka seperti yang sepatutnya.

Kita sedang jalankan siasatan dan saya masih menunggu hasil siasatan sekiranya terkait maka kita akan ambil tindakan seterusnya.

 

Kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak berkenaan kes itu seperti saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sentiasa kita pegang.

Sebelum ini, media melaporkan Afdlin menafikan dakwaan salah laku dalam perolehan projek di bawah DBKL.

Afdlin shauki nafi terlibat songlap duit
24 hours ago

Afdlin Shauki Nafi Terlibat Dalam Isu Salah Laku Berkaitan Projek DBKL Bernilai RM4 Juta

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...