Kematian tragik pelajar Tingkatan 1, Zara Qairina binti Mahathir, yang dipercayai terjatuh dari tingkat tiga asrama sebuah sekolah agama di Sabah, kini dibayangi kontroversi baru berhubung siasatan yang masih belum selesai.
Dalam satu kenyataan yang viral, keluarga arwah menyatakan kekesalan kerana beberapa pelajar yang dikaitkan dengan kejadian itu sedang dalam proses dipindahkan ke sekolah lain, walaupun keterangan belum diambil sepenuhnya oleh penyiasat.
Hari ini, kami dimaklumkan pula budak tomboi dan beberapa pelajar lain sedang dalam proses pindah sekolah. Siasatan belum selesa… keterangan semua belum diambil. Tapi mereka sedang dialihkan… keluar dari perhatian.
Keluarga arwah mendedahkan beberapa pelajar dipercayai menjadi saksi atau mempunyai maklumat penting mengenai kejadian tersebut. Namun, tindakan pindah mereka telah menimbulkan jutaan tanda tanya di hati keluarga dan masyarakat.
Mereka menuntut penjelasan rasmi daripada pihak sekolah dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta meminta agar siasatan dilakukan secara telus dan adil tanpa campur tangan pihak berkepentingan.
Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek, menjelaskan bahawa pihak kementerian melalui Jabatan Pendidikan Negeri telah memberi kerjasama penuh kepada pihak polis dalam proses siasatan. Beliau menegaskan bahawa:
Tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan kepada hasil siasatan. Tiada siapa yang akan dilindungi dan terlepas dari tindakan undang-undang..
Beliau turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga arwah dan berharap mereka diberi kekuatan menghadapi ujian ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.