June 20th, 2017

Enam tahun lalu, mungkin ada yang hanya mengenali Fattah Amin sebagai juara Hero Remaja, tetapi dengan usaha yang tidak pernah putus untuk menjadi seseorang yang lebih terkenal di dalam bidang seni membuatkan nama Fattah kini dikenali sebagai artis yang paling popular di Malaysia.

Namun, setiap perjalanan Fattah menuju kejayaan disokong oleh peminat beliau yang sentiasa kekal setia di sisi. Fattah juga akui, tanpa peminatnya beliau tidak mungkin akan mengecapi kejayaan serta populariti seperti sekarang.

Sudah tentunya sebagai artis, kita dan peminat itu saling memerlukan. Kita selalu dengar tanpa peminat, siapalah artis. Jadi begitu juga dengan saya.

Mereka sudah banyak berkorban bukan hanya untuk saya tetapi juga rakan artis yang lain dari segi masa dan wang ringgit. Misalnya dalam apa sahaja pertandingan yang saya memang hasil undian peminat, itu menunjukkan bahawa peminat setia tidak pernah gagal untuk memberikan sokongan meski terpaksa melabur.

Antara salah satu cara Fattah menghargai peminatnya adalah dengan meluangkan masa dengan mereka pada sesi ramah mesra di dalam mana-mana acara ataupun promosi produk mahupun drama lakonan beliau.

Baguslah jika Fattah tidak pernah lupa segala jasa peminat yang selama ini menyokong setiap bidang yang beliau ceburi meskipun menerima pelbagai kecaman dan terpalit dengan beberapa kontroversi hangat. Kekalkan sikap begini yang menghargai peminat dan tidak mustahil satu hari nanti Fattah akan mengecapi kejayaan yang lebih lagi dalam bidang seni. InshaAllah. Sumber Berita : Media Hiburan
umma

P.S: Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum Syawal. Anda masih belum beli baju raya? Rileks jangan gelabah. Banyak baju kurung dan baju melayu yang cun melecun di www.umma.my. Harga pun amat berpatutan dengan kualiti tip-top. Anda pasti tampil menawan dan kacak dengan koleksi baju raya UMMA.


Comments are closed.

Loading...