March 31st, 2020

Berbicara mengenai isu artis meminta bantuan khas daripada kerajaan yang hangat diperkatakan sekarang, pelakon Fizo Omar berharap masyarakat tidak salah faham dengan “perjuangan” rakan artis yang hanya mahu membela nasib penggiat seni yang memerlukan termasuklah pekerja di belakang tabir.

fizo omar artis minta bantuan

Tidak semua yang terlibat dalam dunia hiburan ini kaya raya seperti yang ditayangkan di media sosial, ada juga yang hidup susah

Saya harap, masyarakat faham apa yang rakan-rakan saya maksudkan dan cuba perjuangkan. Pekerja seni termasuklah mereka yang bekerja di belakang tabir, yang mana pendapatan mereka bergantung kepada penggambaran atau sesuatu acara sahaja.

fizo omar dikecam

Selain itu, ramai juga artis-artis veteran yang tak ada pendapatan dan inilah masanya untuk kita bersuara dan membantu mereka.

Fizo berkata, dia bukanlah sengaja ingin masuk campur isu yang berbangkit, tetapi dia juga terkesan apabila ada rakan artis yang dikecam teruk netizen. Bak kata pepatah, cubit peha kanan peha kiri terasa kerana mereka bersahabat.

fizo omar dikecam

Siapa yang tak terkesan sekiranya rakan-rakan kita dikecam sedangkan, kenyataan mereka diputarbelit oleh pihak tertentu sehingga membawa maksud berbeza.

Terdahulu, Black Hanifah, Tomok dan Shuib Sepahtu dikecam teruk gara-gara meminta kerajaan memberi bantuan khusus kerana para artis yang sebelum ini sudah banyak membantu negara. Perkara itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang melihat gaya hidup serba mewah kebanyakan artis dan ada juga yang mempersoalkan apakah sumbangan mereka sehingga perlu ada bantuan khusus.

Sumber Berita : Harian Metro


7 responses to “Siapa Yang Tidak Terkesan Lihat Rakan-Rakan Dikecam – Fizo Omar”

  1. Anonymous says:

    korg rakyat mesia gak buat apa nak ada keistimewaan lain plak

  2. Anonymous says:

    Apply je kat hasil.com.my. LhDN akan nilai pendapatan semua orang termasuk org2 bidang seni, engineer, peniaga apam balik, manager kilang, security guard, semua sama ja di sisi LHDN. Klu layak, dpt. Klu x layak x dpt. As simple as that. Mcmana pattern perbelanjaan korang, melancong ke tak, ada job ke tak lepas ni, ada saving ke tak, lhdn x peduli. Asalkan pendapatan dalam scope yg dah diwarwarkan.

Loading...