Siapa Yang Tidak Suka, Mungkin Cemburu Lihat Kebahagiaan Kami – Elfira Loy

Hiburan

Siapa Yang Tidak Suka, Mungkin Cemburu Lihat Kebahagiaan Kami – Elfira Loy

Sudah hampir sebulan majlis pertunangan antara pelakon Elfira Loy dan Sufian Suhaimi berlalu, tetapi sehingga hari ini masih ada lagi sesetengah pihak yang kurang senang melihat kemesraan pasangan ini sehingga mengeluarkan kata-kata negatif.

Advertisement

Elfira bagaimanapun menganggap mereka yang berfikiran negatif itu sebenarnya cemburu melihat kebahagiaan beliau dan Sufian.

Apabila kami melangkah lebih dekat kepada benda yang baik, iaitu mendirikan masjid, sudah tentu semua orang mendoakan yang baik. Kalau ada yang berkata-kata  negatif itu mungkin cemburu. Itu perkara biasa. Pasti akan ada orang bercakap.

Elfira sudah lama dalam industri hiburan tanah air dan semestinya sudah lali dengan perkara begini kan? Sepatutnya kalau dah hendak melakukan benda baik, apa salahnya untuk mendoakan perancangan Elfira dan Sufian untuk mendirikan rumah tangga berjalan lancar dan diberkati.

Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...