Sudah hampir sebulan majlis pertunangan antara pelakon Elfira Loy dan Sufian Suhaimi berlalu, tetapi sehingga hari ini masih ada lagi sesetengah pihak yang kurang senang melihat kemesraan pasangan ini sehingga mengeluarkan kata-kata negatif.
Elfira bagaimanapun menganggap mereka yang berfikiran negatif itu sebenarnya cemburu melihat kebahagiaan beliau dan Sufian.
Apabila kami melangkah lebih dekat kepada benda yang baik, iaitu mendirikan masjid, sudah tentu semua orang mendoakan yang baik. Kalau ada yang berkata-kata negatif itu mungkin cemburu. Itu perkara biasa. Pasti akan ada orang bercakap.
Elfira sudah lama dalam industri hiburan tanah air dan semestinya sudah lali dengan perkara begini kan? Sepatutnya kalau dah hendak melakukan benda baik, apa salahnya untuk mendoakan perancangan Elfira dan Sufian untuk mendirikan rumah tangga berjalan lancar dan diberkati.