Penyanyi, Zizi Kirana dilihat sering menemani suaminya yang juga merupakan seorang pelakon iaitu Yusuf Bahrin di set penggambaran.
Susulan itu, muncul pula dakwaan yang mengatakan penyanyi lagu Eh itu sering menemani suaminya kerana kuat cemburu.
Tampil memberikan penjelasan, Zizi mengakui berasa pelik dengan tuduhan itu kerana hanya menemani Yusuf sekiranya jadulnya kosong.
Siapalah yang pandai-pandai tu, tak adalah. Saya hanya akan teman suami kalau saya ada kelapangan.
Tapi kalau saya ada kerja, saya kerjalah. Bukan selalu saya teman dia, hanya sesekali saja. Itu pun kalau dia pelawa saya untuk teman dia.
Menurut penyanyi berusia 37 tahun itu, dia dan suami sememangnya saling menemani sekiranya tidak mempunyai apa-apa urusan penting melibatkan kerja kerana memahami kerjaya masing-masing.
Kadang-kadang kalau dia cuti dia teman saya bekerja pula. Sementara kami masih berdua, kami cuba luangkan masa bersama, bukan atas sebab cemburu.
Dalam pada itu, Zizi berkata dia juga tidak tahu bagaimana spekulasi mengenai isu ini timbul secara tiba-tiba dan menganggap individu yang menyebarkannya tidak mempunyai topik untuk dibincangkan.
Saya pun tahu batas saya, begitu juga Yusuf. Lagi pun kalau saya teman, yang saya teman itu kan suami sendiri.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.