Setelah lama bercinta, akhirnya pasangan Izara Aishah dan Adib Khalid sah bergelar suami isteri pada hari Jumaat minggu lalu. Ramai yang mengucapkan tahniah dan gembira melihat pasangan sama cantik sama padan ini bersanding di atas pelamin.
Bukan sahaja pasangan pengantin ini mendapat perhatian, tetapi foto terbaru yang dimuat naik oleh Kilafairy menerusi akaun Instagramnya menjadi bualan netizen kerana jika sekali pandang ia kelihatan seperti pelakon Titian Cinta, Farah Nabilah pula yang berkahwin. Untuk pengetahuan anda, Farah merupakan rakan baik Izara dan ditugaskan untuk menjadi pengapit Izara pada majlis tersebut.
Bagaimanapun, netizen berpendapat baju Farah tidak sesuai dipakai untuk majlis pernikahan Izara kerana ia seakan “overshadow” pengantin perempuan. Malah, ada sesetengah netizen keliru siapakah sebenarnya yang berkahwin?
Fikir positif, sebagai pengapit pasti segalanya turut dirancang bersama dan mungkin Izara juga meminta agar Farah untuk mengenakan busana warna putih sesuai dengan tema majlis pernikahannya itu.