July 13th, 2010

tom kena pukul

Secara jujur kami dah pening kepala dengan kes Tom Mystarz LG dengan mereka-mereka yang terlibat. Banyak sangat fakta-fakta yang tak tahu dari mana datangnya. Ada yang cakap A. Ada yang cakap B. Pening kepala dibuatnya. Kalau tanya kat Tom memang confirmlah dia takkan mengaku bersalah. Kalau tanya kat keluarga mangsa pun diorang pulak kata Tom yang jahat.

Ini adalah antara kata-kata Tom yang kononnya dia dijadikan kambing hitam dalam tragedi ini:-

[note]Saya terkejut begitu ramai pihak media datang sehingga insiden saya dipukul itu dirakamkan. Ia memalukan saya tetapi saya menganggap saya tetap tidak bersalah. Segala cerita yang mengatakan saya ada hubungan dengan suami wanita itu adalah satu fitnah walaupun lelaki berkenaan pernah menjadi kekasih saya sebelum dia berkahwin.

Saya sedih belum sempat habis berbincang, salah seorang lelaki datang menendang saya. Kalau saya benar-benar buat salah, takkanlah isteri kepada bekas kekasih saya itu datang untuk menyelamatkan saya daripada terus dipukul oleh ahli keluarganya?

Saya cuba buat baik, tetapi ini yang dibalas mereka. Saya tidak ada kana mengena dengan masalah yang berlaku dalam keluarga tersebut tapi sayangnya saya pula yang menjadi seperti kambing hitam. Saya serahkan kepada masyarakat untuk menilai dan saya yakin kebenaran akan muncul satu hari nanti.[/note]

Ini pulak kata-kata pengakuan dari bapa mangsa yang terlibat:-

[note]Waktu tu kami memang tak tahu nak cari mereka di mana. Tiba-tiba saya dapat tahu anak saya di pukul suami dia dan Tom. Mesej berupa SMS itu adalah mesej di hantar anak saya kepada bapa mentuanya. Mesej itu dihantar dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan. Malah, dalam kiriman SMS yang kedua, anak saya mengadu bahawa suaminya telah tidur sekatil dengan Tom di depan mata anak saya sendiri.[/note]

Sumpah kami tak tahu nak percaya mana satu. Baik kami layan cerita Tom Tom Bak Pak Nil lagi bagus. Takderlah stress camnie.

P.S: Kalau korang pun tensen baca cerita pasal Tom nie, sila layan lawak pagi ini untuk hilangkan stress anda.



Comments are closed.

Loading...