Pada Ahad lalu, telah dilangsungkan sebuah himpunan disertai hampir 30K orang yang menyokong ‘Freedom For Palestine’. Dengan kebenaran polis, himpunan tersebut dilaksanakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Himpunan yang dianjurkan oleh Viva Palestina Malaysia (VPM) and MyCare itu telah meraih perhatian ramai sekaligus menimbulkan beberapa isu. Salah satunya adalah apabila sekumpulan peserta yang membawa sepanduk memaparkan wajah Perdana Menteri Israel, telah dilabel zionis.
Siapa lah yang bahalol cakap tu? Kau duduk gua mana eh.
View this post on Instagram
Tidak berpuas hati dengan isu yang timbul, pengarah dan penerbit sensasi, Michael Ang memuat naik satu hantaran di akaun Instagram, menyuarakan rasa kecewa dan membidas individu yang memanggil peserta zionis.
Di hantaran yang sama, Michael juga merasakan isu laungan takbir yang dipanggil offensive itu juga tidak patut memandangkan majoriti peserta terdiri dari agama Islam.
Jadi nak gesa siapa untuk hentikan genocide?
“Stop the genocide in Gaza” oleh Israel.
“Freedom for Palestine” dari Israel.
Tapi sepanduk yg mengutuk Israel & kekejaman pemimpinnya tak dibenarkan malah disamakan pula dgn zionis.
Jadi nak gesa siapa to stop the genocide & bagi freedom serta hak Palestin ya?— Beto Kusyairy (@Beto_Kusyairy) October 23, 2023
Bukan itu sahaja, seorang aktor terkenal Malaysia, Beto Kusyairy tidak berdiam diri mendengar isu yang sama. Di laman Twitter, Beto mengatakan jika perkara yang dibuat itu tidak dibenarkan, maka siapakah yang perlu digesa untuk memberi kemenangan kepada rakyat Palestin.
Pada masa yang sama, kebanyakkan warganet merasakan himpunan aman itu dapat menyebarkan kesedaran kepada orang ramai walaupun isu-isu berkenaan telah dibabitkan.
Selain itu, kami sertakan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.