Siapa Tidak Selesa Dengan Lawak Saya, Jangan Tengok – Nabil Ahmad

Hiburan

Siapa Tidak Selesa Dengan Lawak Saya, Jangan Tengok – Nabil Ahmad

Walaupun sudah masuk tahun baharu, masih ada segelintir pihak yang menyimpan rasa tidak puas hati terhadap gaya lawak Nabil Ahmad yang seakan terlampau apabila menyentuh hal peribadi orang lain.

Namun, menurut Nabil beliau terpaksa berbuat demikian dan jika ada pihak yang tidak boleh menerima lawaknya ia bermakna mereka terlalu sensitif.

Advertisement

Bukanlah saya nak cakap besar tetapi saya memang kena terlepas cakap. Yang mana yang tak selesa itu, jangan tengok. Saya cakap terus terang sajalah, kalau ada yang tak selesa dengan cara saya mengacara, soal sensitiviti itu bukan daripada saya tetapi dialah yang terlalu sensitif. Kalau orang itu sensitif lebih, dia tak patutlah berada di situ.

Buat Nabil, zaman sudah semakin maju dan beliau juga harus memperbaharui cara beliau melawak agar ia masih relevan dengan keadaan semasa. Tujuan Nabil hanya satu, apa sahaja yang berlaku di atas pentas adalah kerana beliau ingin menghiburkan penonton.

Semua yang dilakukan adalah sebahagian daripada persembahan, sekadar hiburan. Kalau saya mengacara mendatar dan ikut skrip, orang kata saya ada masalah pula. Tak boleh juga terima.

Jadi apa yang mereka nak sebenarnya? Sebab itu saya katakan, (kepada) yang sensitif, kalau nampak saya kendalikan program, janganlah datang. Ini adalah zaman milenium dan semua orang akan buat apa sahaja untuk dikenali, untuk berada di tahap tertentu.

Bukan tidak boleh ditegur, tetapi Nabil lebih selesa untuk menjadi diri beliau sendiri dan enggan ambil pusing dengan mereka yang tidak suka akan caranya dalam berlawak.

Saya adalah manusia yang senang menerima kritikan bahkan selama ini pun saya terima. Tetapi secara peribadi, saya buat adalah untuk diri saya, untuk peminat saya dan untuk orang yang nak tengok saya mengacara. Kepada mereka yang terlalu sensitif, carilah jalan lain untuk tak perlu tengok saya sebab saya pun tak paksa orang untuk tengok saya.

Pembaharuan itu bagus, hendak hiburkan hati penonton juga bagus. Namun, mungkin bukan setiap masa kita harus berlawak secara melampau,  buatlah sesuatu perkara mengikut kesesuaiannya.

Sumber Berita: Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...