Siapa Tahu Pada Masa Akan Datang Ataupun Selepas Berkahwin Saya Akan Menutup Aurat – Uqasha Senrose

Hiburan

Siapa Tahu Pada Masa Akan Datang Ataupun Selepas Berkahwin Saya Akan Menutup Aurat – Uqasha Senrose

Bukan mudah sebenarnya untuk tampil kepada orang ramai dan mengakui sudah membuka hijab, Uqasha Senrose sememangnya menerima kecaman yang cukup hebat dari setiap sudut.

Redha dengan segala yang berlaku apabila membuat keputusan untuk tidak bertudung lagi, Uqasha bagaimanapun menjelaskan beliau tidak pernah ingin mencetuskan kontroversi.

Advertisement

Pastinya orang akan terus memberi kecaman, cakap macam-macam dan menjatuhkan hukuman, tetapi saya redha. Tetapi jika ada yang anggap keputusan ini sebagai ruang untuk membuka banyak lagi kontroversi, saya tidak mencari semua itu. Jika boleh saya mahu menamatkan kontroversi termasuk gosip mengatakan saya tak pakai tudung di beberapa tempat.

Uqasha akui ia bukanlah satu perkara yang harus dicontohi tetapi siapa tahu mungkin pada masa hadapan pintu hatinya benar-benar terbuka dengan ikhlas untuk menutup aurat.

Siapa tahu pada masa mendatang atau selepas bekahwin, saya akan menutup aurat dengan sepenuh hati. Benar ianya bukanlah perkara yang elok yang boleh dijadikan contoh. Tetapi saya bukannya hendak jadi manusia yang tiba-tiba membuat perkara tak elok. Tetapi hanya kerana saya bergelar artis, kecaman itu cukup hebat. Ceritanya hanya saya buka tudung.

Sebulan dua mengenakan tudung, saya akui semangat untuk berubah dan memakainya dengan cukup tebal. Namun selama saya pakai tudung, lama kelamaan saya seperti tidak ikhlas. Saya seakan takut dengan apa yang orang akan cakap dan fikir. Keputusan itu biarlah antara saya dan Tuhan.

Tidak dinafikan mungkin persekitaran Uqasha yang bergaul dengan mereka tidak berhijab adalah salah satu faktor beliau membuat keputusan untuk tidak mengenakan tudung lagi. Kadang-kadang susah untuk kita sesuaikan diri dengan pergaulan dan orang-orang yang tidak memahami penghijrahan kita.

Sumber Berita : BH PLUS

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...