“Siapa Tahu, Dari Kecaman Dia Tak Putus Asa..” – Syada Amzah Berjaya Tukar Persepsi Netizen, Kini Nyanyian Dapat Pujian

Hiburan

“Siapa Tahu, Dari Kecaman Dia Tak Putus Asa..” – Syada Amzah Berjaya Tukar Persepsi Netizen, Kini Nyanyian Dapat Pujian

Adik kepada penyanyi terkemuka, Syada Amzah sekali lagi telah menjadi perhatian ramai apabila dia kembali memuat naik video dirinya menyanyi di media sosial.

Menerusi hantaran di Instagram, Syada kelihatan sedang menyanyi lagu popular tagalong berjudul Ikaw At Aku (You And I). Tampil dengan busana berwarna putih, adik kepada Shila Amzah ini dengan tenang membawa lagu tersebut walaupun pertama kali mendendangkannya.

Advertisement

Siapa tahu kan, dari kecaman dia tak putus asa. Now I’m gonna love her 

Syada, suara Syada best. Teruskan usaha dan perbaiki. Belajar dan belajar. Big hugs Syada.

Ni suara komersial ni, boleh wakil negara ke Asian Wave.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by #HasratSyada (@syadaamzahh)

syadaSumber : Instagram  

Melihat ke ruangan komen video tersebut, rata-rata netizen suka dengan persembahan cover dari Syada kali ini dan akui dirinya telah banyak perbaiki dari segi vokal. Ramai juga yang turut membuat permintaan kepada pempengaruh ini untuk lagu seterusnya yang bakal dinyanyikan.

Sebelum ini, Syada sempat menerima kritikan negatif dari sesetengah netizen yang tidak terlalu gemar dengan lagu Jepun yang dinyanyikannya sebelum ini bertajuk Mirai E itu.

syada amzah
11 months ago

(VIDEO) "Boleh Diam Kot Syada, Biar Kakak Awak Je Nyanyi" - 'Cover' Lagu Arab, Nyanyian Syada Amzah Dikutuk Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...