“Siapa Suruh Kau Buat Anak” – Lelaki Dikecam Mengadu Tak Ada Yang Mengalah Bagi Naik Lif Walaupun Bawa ‘Stroller’

Trending

“Siapa Suruh Kau Buat Anak” – Lelaki Dikecam Mengadu Tak Ada Yang Mengalah Bagi Naik Lif Walaupun Bawa ‘Stroller’

Seperti yang semua tahu, orang ramai perlu memberikan keutamaan kepada beberapa golongan yang memerlukan untuk menggunakan lif di tempat awam.

Sebagai contoh, lif di pusat membeli belah sangat diperlukan oleh ibu bapa yang mempunyai stroller, warga emas atau orang kurang upaya (OKU) yang menggunakan kerusi roda.

Advertisement

Namun, seorang bapa meluahkan rasa kesal baru-baru ini selepas dia melalui pengalaman mengecewakan menggunakan lif di sebuah pusat membeli belah di Kuala Lumpur.

Menerusi perkongsiannya di Twitter, lelaki itu mendakwa perlu menunggu sehingga 7 ke 8 kali lif tiba sebelum dia, isteri bersama anak mereka give up dan terus menggunakan escalator.

Katanya yang membawa stroller ketika kejadian, sebelum itu berkali-kali lif tiba namun ia dipenuhi dengan pengunjung tetapi tiada seorang pun dikatakan mengalah meskipun nampak mereka mempunyai stroller.

Punyalah ignorant takda sorang pun bagi laluan. Padahal semua muda-muda, bawak shopping bag je, bukan stroller atau warga emas.”

Bagaimanapun, keluhan lelaki tersebut tidak digemari segelintir golongan individu di Twitter yang bertindak mengkritiknya semula.

Menerusi hantaran itu, golongan individu tersebut memberikan reaksi dan komen negatif malah ada yang turut melontarkan kata-kata yang agak kasar.

Siapa suruh kau buat anak bang.”

Meskipun terdapat segelintir individu yang memberikan komen tidak puas hati sebegitu, ramai netizen yang berpihak padanya dan mengakui pernah melalui pengalaman yang sama seperti lelaki itu.

Rata-ratanya menceritakan pengalaman mereka berdepan dengan situasi yang sama dan menganggap orang tidak mengalah kepada golongan priority ini tidak mempunyai common sense.

Sesetengah netizen dilihat mengkritik dan menghentam golongan warganet yang tidak berpuas hati dengan keluhan lelaki tersebut. Menurut mereka, golongan sebegini tidak memahami kerana tidak mempunyai anak.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending lain pada pautan di bawah.

Dai Fuad tak bagi pakai topi dengan tudung
2 years ago

Dakwa Berhijab Tapi Pakai 'Cap' Boleh Lemahkan Iman, Netizen 'Hentam' Pendapat Pendakwah Ini

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...