Usahawan dan pempengaruh terkenal Cik Epal hari ini ‘menggegar’ laman sosial Threads apabila dia memuat naik tangkap layar bersama bekas suaminya, Jofliam.
Dalam hantaran tersebut, difahamkan Jofliam menggunakan telefon anak lelaki mereka iaitu Han dan cuba untuk meminta Cik Epal membayar yuran sekolah antarabangsa anak-anaknya.
Hantaran tersebut kemudiannya mengundang pelbagai respon dalam kalangan netizen terutamanya pengikut pasangan itu sejak dahulu lagi.
Sekadar info, usahawan Cik Epal telah bercerai dengan Jofliam setelah sedekad berumah tangga. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.
Jofliam kemudian bernikah dengan bekas pekerja piza, Emira Delyati Dewi setelah kedua-duanya didakwa menjalinkan hubungan sehingga menyumbang kepada perceraian bersama Cik Epal.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.