Baru-baru ini, tular di media sosial Twitter mengenai sebuah pendedahan yang dilakukan oleh seorang pengguna misteri mengenai ibu kandungnya telah mendapat perhatian orang ramai.
Menerusi hantaran tersebut, individu berkenaan menceritakan mengenai kehidupan awal ibunya yang telah berkahwin seawal usia 18 tahun dan mendakwa bapanya merupakan seorang ‘kaki pukul’
Malah, bapanya turut bertindak memukul dan melakukan gangguan seksual terhadap ibunya di hadapan anak-anak sebelum akhirnya menceraikan ibunya demi wanita lain dan langsung tidak memberi sesen duit nafkah.
Saya takkan mengaku dia ayah. Itu adalah masa yang paling sukar untuk kami.
Walaupun si ibu terpaksa bergelut melakukan 3 pekerjaan demi membesarkan anak-anak namun selepas bercerai, kehidupan mereka bertambah lebih baik dan dia turut ditawarkan ke universiti dan dua adik perempuannya masuk ke persekolahan.
Sehinggalah saya dapati ada yang tak kena dengan pekerjaan ibu. Saya dapat tahu ibu saya rupanya pelacur.
Menurutnya, si ibu tidak pernah mendedahkan di mana dia bekerja dan cuma memaklumkan dia bekerja di restaurant namun sering berubah-ubah setiap kali ditanya dan rupa-rupanya si ibu telah menampung mereka dari segi kewangan dengan menggunakan ‘wang kotor’.
Saya rasa jijik dengan mak sendiri. Pertama kali dalam hidup, saya tak nak langsung tengok muka dia.
Tidak dapat mengawal emosi, individu yang juga merupakan anak sulung itu memaki hamun ibunya dan bertindak melarikan diri dari rumah seketika waktu kerana terlalu kesal dengan perbuatan ibu sendiri.
Siapa sial nak ada mak macam ni? Baik mak gugur je along dulu.
Namun, dalam masa yang sama dia turut berasa buntu dan simpati terhadap ibunya yang tidak pernah berbelanja untuk diri sendiri sebaliknya sentiasa berusaha untuk mengutamakan keperluan anak-anak.
Saya rasa sebersalah tapi saya rasa marah. Rasa derhaka. Saya tak tahu nak buat apa.