Semalam, kecoh di media sosial Twitter terutamanya apabila ‘page’ rasmi Selangor Royal Malaysia telah memuat naik sebuah foto memaparkan Sulatang Selangor, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj sedang berdiri bersebelahan sebuah hasil seni berupa satu lukisan.
Namun, apa yang menarik perhatian warga maya adalah apabila lukisan tersebut seolah-olah membawa maksud ‘mendalam’ kerana ia memaparkan sekumpulan haiwan seperti monyet dan katak sedang bersidang di dalam parlimen Malaysia.
12 April 2022 ~ Sebuah hasil karya seni lukisan telah menarik perhatian DYMM Sultan Selangor.
Sebaik melihatnya, Baginda berkenan untuk membeli karya lukisan itu.
Satu hari nanti, Baginda berhasrat melelong lukisan ini dan hasil lelongan akan disumbangkan untuk tujuan kebajikan. pic.twitter.com/kdTzc4n1Pt— Selangor Royal Office (@SelangorRoyal) April 12, 2022
Difahamkan, Baginda telah membeli karya seni tersebut dan telah menggantungnya di ‘private study room’ milik Baginda.
Dalam pada itu, Baginda juga berhasrat untuk melelong lukisan tersebut dan hasil lelongannya akan disumbangkan untuk tujuan kebajikan.
Menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, ramai yang ‘teruja’ dan seperti memahami maksud tersurat pada hasil seni lukisan tersebut.
Ada yang mendakwa lukisan tersebut membawa maksud satira dan menempelak keadaan politik di tanah air pada ketika ini.
‘Art berat’ kata netizen!