Pada 1998, lima kaki rock dari New York iaitu Julian Casablancas, Albert Hammond Jr, Fabrizio Moretti, Nick Valensi, dan Nikolai Fraiture nekad ingin merealisasikan impian diorang bagi membentuk sebuah kumpulan yang dipanggil The Strokes.
Mereka telah mengeluarkan album pertama, ‘Is This It’, pada tahun 2001.
Julian Casablancas, sang vokalis band besar ini merupakan anak kepada businessman John Casablancas, pengasas kepada Elite Model Management.
Dia pada awalnya hanya mendengar lagu-lagu Phil Collins. Bapak tirinya adalah orang paling berjasa dalam mengubah selera muziknya apabila memperkenalkan band The Doors kepada Casablancas.
Julian Casablancas sebenarnya sekolah tak habis, tapi dia tetap mahu berjaya dengan jalan yang dia pilih. Dia telah join kelas muzik untuk melampiaskan nafsunya terhadap muzik.
Dia telah berkahwin dengan Juliet pada tahun 2005 yang jugak merupakan ex-manager kepada The Strokes. Idolanya adalah Lou Reed, vokalis Velvet Underground.
Nikolai Fraiture berjumpa dengan Julian Casblancas buat pertama kalinya sewaktu berada di sebuah kelas Bahasa Perancis di New York.
Atuknya menghadiahkan bass baru kepadanya sebagai hadiah ketika dia tamat sekolah. Tapi dia bagi bass tu kat Julian. Setahun lepas tu baru dia mintak balik bass tersebut untuk mula bermain secara serius ditambah didorong oleh Julian sendiri.
Tidak sia-sia, dia menjadi antara penulis lagu utama dalam band The Strokes.
Mungkin anda tidak tahu mere ini diilhamkan dari lagu-lagu klasik seperti Buddy Holly dan John Lennon dan seringkali dikatakan sebagai copy paste band yang menjadi hero muzik diorang sendiri – Velvet Underground.
Mereka pernah dituduh sebagai menciplak muzik dari Modern Lovers atau Cheap Trick. Malah diorang sering dibanding-bandingkan dengan sebuah lagi band New York – Television.
Julian Casablancas secara rasmi menghidupkan The Strokes pada tahun 1999, dan band itu menghabiskan sebahagian besar tahun penubuhannya dengan menulis dan menyusun material di Music Bulding, New York City.
Mereka membuat debut live diorang di Spiral, dan komen-komen pengunjung yang menonton show diorang memberikan semangat kepada The Strokes yang mendorong diorang untuk mengadakan pertunjukan di bawah kelab-kelab Acme dan Lower East Side seperti Arlene Grocery, Baby Jupiter, dan Luna.
Dengan pujian melambung yang meluas, debut The Strokes pada 2001, ‘Is This It’, membantu pergerakan kebangkitan genre Garage Rock pada awal abad ke-21 dan menduduki tempat ke lapan dalam list ‘100 Album Debut Terbaik All Time Rolling Stone’, nombor dua di ‘Rolling Stone’s 100 Album Terbaik dari ’00s’, Nombor 199 di senarai Album Rolling Stone’s ‘500 Album Terbaik Sepanjang Zaman’ dan nombor 4 dalam album-album NME dalam senarai ‘500 Album Sepanjang Zaman’.
The Strokes melancarkan album debut diorang, ‘Is This It’, di US pada bulan Oktober 2001.
Album itu dihasilkan oleh producer terkenal Gordon Raphael, dan kewibawaannya diteruskan untuk memproduce album seterusnya dari The Strokes, ‘Room On Fire’.
Asalnya album ‘Room On Fire ‘ini sepatutnya diterbitkan oleh Nigel Godrich yang terkenal dalam menerbitkan album Radiohead, tetapi The Strokes berpatah balik menggunakan khidmat Gordon Raphael.
Cover yang dilancarkan di UK menampilkan foto hitam-putih dengan tangan model wanita yang bersarung di bahagian punggung wanita berkenaan.
Manakala versi Amerika Utara menggantikannya dengan foto daripada perlanggaran komen di Dewan Bubble Besar Eropah. Ia dilakukan oleh RCA demi menjaga sensitiviti tempatan di sana.
Walaupun lewat diriliskan atas potensi untuk mengundang kontroversi, ‘This Is It’ menerima penghargaan besar.
Antara penghargaan lain, empat bintang dari magazine Rolling Stone dan dinamakan album terbaik tahun berkenaan oleh Entertainment Weekly dan TIME. Bukan itu saja, NME malah berkempen kepada para pembacanya untuk try menonton live dari The Strokes.
Asalnya The Stokes tidak berangan tinggi melangit untuk menjadi rockstar seperti yang kita kenal hari ni, diorang lebih fokus nak mencapai level band macam Guided By Voices.
Imej The Strokes menjadi ikutan anak muda, dengan rambut serabai macam tak terurus, berjaket dan suit, kasut Converse dan memainkan lagu-lagu rancak dengan muka yang selamba membuatkan diorang menjadi kegilaan anak-anak gadis.
Diorang bersama dengan The White Stripes, The Vines dan The Hive digelar sebagai penyelamat rock n roll antarabangsa.
Dalam arena muzik mainstream komersial yang diselubungi budaya pop, The Strokes sebenarnya ibarat leader kepada gerakan muzik indie rock menerjah arus populariti bagi membangkitkan kembali spirit rock yang seolah sudah tidak diberi perhatian waktu itu.
Waktu itu mungkin muzik rock kurang perisa klasiknya dan lebih dikuasai band-band heavy, nu-metal dan post-grunge.
Sumber : Hentak Kepala