Siapa Sangka Dengan Membuka Servis Gunting Rambut, Individu Ini Jana Hingga RM20,000 Sebulan

Trending

Siapa Sangka Dengan Membuka Servis Gunting Rambut, Individu Ini Jana Hingga RM20,000 Sebulan

Pada hari ini, pasaran perkhidmatan menggunting seperti cendawan timbul selepas hujan. Kalau dahulu, perkhidmatan ini dimonopoli oleh golongan pertengahan umur antara 40-50-an.

Advertisement

Tetapi kini anak muda juga mampu membuktikan mereka juga boleh bergerak seiring seperti golongan tersebut malah lebih berjaya dan kedepan.

Sebagai contoh, sebuah kedai gunting di Kulim, Kedah ini berjaya menjana pendapatan sekitar RM20,000 sebulan.

Pengasas Embassy Of Kiri, Akmal Mohd. Akhir, 29, berkata, minat mendalam terhadap bidang tersebut mula membuahkan hasil apabila perniagaan yang mula diusahakan sejak lima tahun lalu membawa pulangan keuntungan sehingga RM20,000 sebulan.

“Saya mulakan perniagaan ini di jalanan dekat Kulim, Kedah dan lama-kelamaan, apabila saya sudah mempunyai pelanggan tetap, saya membuka premis perniagaan sendiri dengan mengambil pekerja seramai dua orang sahaja.”

“Dengan perkhidmatan gun­ting rambut yang berkonsepkan klasik Inggeris ini, saya berharap beberapa cawangan dapat dibuka pada masa akan datang seterusnya meluaskan perniagaan ini ke peringkat antarabangsa,” katanya.

Tambah Akmal, pelanggan yang sering diterima adalah mereka yang berumur 40-an dan potongan rambut yang sering diminta adalah gaya rambut barat seperti executive contour dan taper.

“Di samping itu, pekerja memakai kot dan tali leher ketika menjalankan tugas adalah salah satu keunikan yang dapat dilihat di kedai kami.”

“Saya juga memasarkan produk minyak rambut atau pomade yang dihasilkan sejak 2014 tanpa menggunakan bahan seperti gelatin,” katanya.

Keunikan yang ditampilkan oleh kedai gunting ini mampu menjadikan servis mereka menjadi pilihan utama pelanggan.

Hari ini, buat sahaja bisnes apapun,yang penting tonjolkan keunikan dari bisnes tersebut.InsyaAllah bisnes akan mudah dikenali ramai.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...