July 25th, 2020

Pelakon dan penyanyi Azza Elite baru-baru ini telah tampil memberikan sepatah dua kata mengenai sebuah video ‘prank’ yang tular baru-baru ini.

Mengimbas kembali, video tersebut telah memaparkan sebuah saluran di YouTube yang dikatakan telah menguji tahap kesetiaan seorang wanita terhadap teman lelakinya apabila ditawarkan sejumlah wang yang banyak.

Menurut Azza, dia menyifatkan kandungan video tersebut sebagai tidak bermanfaat dan tidak sepatutnya dihasilkan. Lebih-lebih lagi apabila sekadar mahu mengenakan dan memerangkap seorang wanita yang sedang berada dalam kesulitan.

“Adakah kalian masih hidup dalam tahun 2010? Kandungan sebegini totally shit! Sampah faham? Sesiapa pun akan pilih duit dalam keadaan situasi sekarang ini. Melainkan anda memiliki perniagaan sendiri dan kaya,”

Dia yang meluahkan perasaan berang dengan intipati video berkenaan di laman instagramnya itu turut menjelaskan bahawa program tersebut seolah-olah seperti mahu mencemarkan kehormatan yang patut diberikan kepada seorang wanita.

Azza turut meminta supaya mereka di luar sana supaya lebih menghormati wanita. Terdahulu, ‘content’ YouTube yang diterbitkan oleh saluran Bros Gang TV ini telah dikecam hebat oleh netizen kerana telah meng’umpan’ seorang wanita yang terdesak dengan wang ringgit sehingga sanggup curang dengan teman lelakinya.


6 responses to ““Siapa Pun Akan Pilih Duit Pada Waktu Sekarang..”, Azza Elite Tampil Beri Komen Isu Wanita ‘Gold Digger’”

  1. Anonymous says:

    jgn ckp perempuan je, lelaki pun skrg byk yg mata duitan juga

  2. Anonymous says:

    Ambil je la 20k tu. Pastu upload kat insta ” I tinggalkan bf/suami I sebab dia curang bla2″. Then bf/suami diam2 je la bagi kena fitnah semua. Life simple

  3. Anonymous says:

    No pride and all are stupido….

  4. duit duit duit. nyawa dan maruah tolak tepi says:

    ntah la kenapa ramai gila back up prempuan tu. pada aku
    1. youtuber tu memang teruk. x hormat orang lain.
    2. si bf tu melampau nak test2 awek pon xpayah la dalam video yang dirakam memang tujuan khas untuk viral di youtube.
    3. si perempuan tu pon salah gak, senang2 je percaya lelaki yg x dikenali lepas dikaburi dengan duit. memang zaman sekarang susah, tapi x fikir ke baru kenal brape minit da boleh ikut lelaki pergi 1 tempat tertutup bukan di public. kot2 kalau lelaki tu adalah penjenayah besar macam penculik , perogol dan sebagainya, x ke sendiri cari pasal namanya. dan senang sangat percaya bila lelaki tu tunjuk harta.

    hmm 3 3 pon salah. kalau back up sangat prempuan tu pon, agak2 kalau anak perempuan kau ikut lelaki yg x dikenali sebab duit korang memang x kesah ke ape? x paham betul la.

    • Halea says:

      Kalau ada duit sekarang ni, bini orang pun sanggup tinggalkan laki dia. Cash is king semua boleh di beli kalau ada duit

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...