Perghh. Memang ayat bakar line betul Fazura nie. Tapi fikir punya fikir, betul jugak apa yang dikatakannya. Siapa sangatlah Neelofa ini untuk pelakon-pelakon lama jatuhkan. Bukannya femes sangat pun kan?
Ce korang baca ayat yang memang logik dari Fazura ini:-
Saya rasa, memang tidak ada logiknya untuk saya atau aktres lain berpakat untuk menjatuhkan dia. Lagipun, dia baru saja nak naik, jadi macam mana pula kami semua ni nak jatuhkan dia? Jika dia seorang pelakon yang hebat dan pernah merangkul sebarang anugerah, mungkin boleh dikatakan kami ini cuba menjatuhkan dia. Tapi, dia masih baru dan tidak berada di tahap mana-mana lagi. Bagi saya, apa yang dinyataan Neelofa itu sangat mencabar aktres yang sedia ada. Satu kenyataan yang sangat berani keluar dari pelakon baru seperti dia. Itu yang membuatkan saya agak hairan. Saya kurang pasti dari mana datangnya spekulasi seperti itu. Jika saya mahu berdengki dengan artis lain, rasanya lebih baik saya berdengki dengan kejayaan Lisa Surihani, Liyana Jasmay, Tiz Zaqyah dan bukannya Neelofa. Saya sememangnya tidak ada masalah dengan Neelofa dan saya tidak mahu melayan perihal remeh- temeh yang macam ini. Apa yang perlu saya lakukan sekarang hanya berserah saja perkara ini kepada Allah.
Betul jugak kata-kata Fazura di atas kan. Kalau nak dengki baik dengki kat artis-artis yang memang dah super duper famous. Setakat Neelofa buang karan je kot. Dan ini kata Fazura tentang punca kemarahannya yang dikatakan sebab hubungan Neelofa dengan kerabat.
Saya sebenarnya sudah tidak mahu lagi memberi sebarang komen tentang perkara ini sebab saya tidak mahu mempunyai sebarang kaitan dengan hal ini dan juga Neelofa. Apatah lagi untuk melayan perkara ini dengan lebih serius, rasanya ia satu perkara yang sangat bodoh. Apa saja yang Neelofa ingin katakan selepas ini, semuanya terpulang kepada dia dan tolong jangan ganggu saya lagi.
Cerita banyak tak guna, kalau Neelofa ada bukti yang sememangnya ada artis-artis lama nak jatuhkan dia, sila tampil ke hadapan dan tunjukkan bukti. Baru orang kata berani kerana benar. Tak gitu? Sumber berita dari Murai.