Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri mencuit hati netizen apabila secara bersahaja mengusik anak sulungnya, Ammar Ahyan, ketika mereka sedang berniaga secara langsung di aplikasi TikTok.
Dalam potongan klip siaran langsung yang tular, Aliff atau nama penuhnya Aliff Syukri Kamarzaman, 38, sempat ‘mempromosikan’ Ammar dengan berkata dia sedang mencari calon isteri untuk anaknya itu.
Ada tak yang nak jadi menantu saya? Hantaran saya bagi RM50,000, rumah banglo dan kereta berjenama Mercedes saya sediakan.
Namun, reaksi Ammar yang sedikit malu-malu jelas menunjukkan dia kurang berminat, malah lebih suka mengenali seseorang secara peribadi di pusat pengajiannya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan aksi spontan Aliff yang terkenal dengan sikapnya yang suka berjenaka, malah ada yang berseloroh mahu mencuba nasib menjadi ‘menantu jutawan’.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.