Selepas selebriti Neelofa memberi pandangan mengenai situasi rumah tangga yang dihadapi oleh pelakon Puteri Sarah selama mereka kenal, kini giliran isteri pelakon Nazrief Nazri iaitu Aizatul Aqma pula berkongsikan pandangannya.
Melalui status yang dibuat olehnya di Instagram itu, beliau berkata sudah pernah memberi cadangan kepada Sarah untuk menyaman pihak ketiga terbabit, namun jawapan yang diberi oleh Sarah meninggalkan kesan kepadanya.
Aku bukan tak nak saman, tapi nanti aku saman siapa nak bayar? Perempuan tu tak kerja plus bapak dia ada sakit.
Jawapan yang diberikan oleh Sarah seperti yang tertera di atas ini sememangnya membuatkan Aizatul merasakan Sarah memang seorang yang mempunyai hati yang sangat baik dan sering menjaga hati orang lain.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, dia turut berkata dia tidak boleh bayangkan jika berada di tempat Sarah dan tidak mungkin boleh jadi sekuat serta sesabar wanita terbabit.
Sekadar info, beberapa hari lalu Puteri Sarah telah memfailkan tindakan undang-undang kepada Ira Kazar kerana telah menganggunya untuk jangka masa yang lama sebagai ‘orang ketiga’ dalam rumah tangganya.