Penyanyi Adira Suhaimi tampil memberi respon setelah ada netizen mempersoalkan tindakannya keluar bekerja dalam tempoh edah selepas diceraikan bekas suami, Datuk Red pada 23 April lalu.
Kata Adira, dia perlu bekerja bagi menampung kehidupannya bersama empat orang anak.
Saya bukan balu yang cerai mati. Saya cerai hidup. Jadi saya perlu keluar pergi bekerja untuk mencari sesuap nasi.
Kalau saya duduk rumah, siapa yang nak bagi makan pada anak-anak. Anak yang empat orang dekat rumah siapa nak bagi makan?
Isteri yang dalam edah selepas kematian suami pun boleh keluar jika ada urusan yang perlu diselesaikan.
Sebelum ini penyanyi lagu Ku Ada Kamu itu mendedahkan dia tidak menuntut sebarang nafkah iddah atau mutaah daripada bekas suaminya itu.
Adira memberi alasan bahawa dia memahami keadaan suaminya yang mengalami masalah kewangan pada ketika ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.