Salah satu aktiviti harian Abang Nara ialah mengushar Insta Story selebriti-selebriti tanah air. Seronok melihat telatah para selebriti kita ini. Ada yang kongsikan aktiviti mereka tengah memasak, tengah menyanyi, tengah bersenam dan macam-macam lagilah. Memang terhibur dibuatnya!!!
Semalam Abang Nara pun melayanlah Instagram selebriti tempatan macam biasa sebelum masuk tidur. Tup-tup ternampak ada Insta Story yang di”upload” oleh Alvin Chong. Terus Abang Nara tekan nak tengok apa yang dikongsikan oleh Alvin Chong nie.
Rupa-rupanya si Alvin nie tertarik dengan kehebatan seorang busker yang menyanyikan lagu ciptaannya sendiri. Berdasarkan apa yang dikongsikan oleh Alvin, dia letak hash tag “Termakbul”. Tak pasti pulak kalau hash tag itu tajuk lagu atau sesuatu yang lain. Bukan satu, tapi dua Insta Story yang Alvin kongsikan tentang busker ini. Sekali dengar, memang boleh layan jugak lagu dia.
