May 17th, 2019

Setiap tahun, hotel pasti menyajikan hidangan-hidangan terbaik di Buffet Ramadan untuk mereka yang berminat. Jumlah hidangan boleh mencapai ratusan, dan biasanya terdiri dari juadah-juadah biasa Aidilfitri, makanan tempatan dan kuih-muih tradisional.

Gambar: Instagram Maya Karin

Bagaimanapun, pelakon Maya Karin baru-baru ini menyatakan yang dia rasa bosan dengan harga Buffet Ramadan yang dianggap mengarut.

Dengan harga dari RM 150 – RM 200 untuk dewasa dan RM 100 untuk kanak-kanak, masih banyak syarikat yang membayar untuk pakej Buffet Ramadan staf mereka.

Bagi Maya pula, dia tidak akan makan di Buffet Ramadan hotel-hotel kerana prinsipnya.

Ramai Netizen menyokong Maya Karin, dan menganggap Buffet Ramadan ialah antara punca 33% lebih makanan dibazirkan di bulan puasa berbanding bulan-bulan lain.

Ada juga menganggap berbuka puasa dengan mewah melencong dari tujuan berpuasa di bulan Ramadan kerana ia sepatutnya untuk merasakan pengalaman golongan tidak berkemampuan bukannya dengan bermewah-mewahan.

Ada juga yang mengatakan orang ramai patut berhenti menganggap bulan Ramadan seperti satu festival. – beautifulnara.com


50 responses to “Siapa Makan Buffet Ramadan Di Hotel, Jangan Meroyan Pasal Ekonomi – Maya Karin”

  1. Anonymous says:

    Kedai kak Wok mmg terbaik lauk
    32 jenis.. fresh dan murah. Dah 5 x minggu ni.

  2. Anonymous says:

    saya keje hotel pun mmg tak faham knp org sanggup makan mahal2 mcm ni. sebenarnya x makan banyak pun. yang company bayar tu okay la, kira rezeki. yang bayar sendiri? 1 kepala bayar lebih rm100 seorang, gila lah korang. mostly local food je pun.

  3. Anonymous says:

    setakat yg aku penah makan pada tahun 2007 di menara KL restoran berputar katanya dlm RM160-ke atas / adult..buffet..skrg dh 2019…??????

  4. aih says:

    jumpa satu buka puasa buffet.. rm179.00 dewasa… kids rm120.00.. giler…

  5. Anonymous says:

    sbb apa hotel letak mahal, kekadang ada org makan x sedar diri, mknlah sepuas hati.
    kalau yg diambil tu sepinggan penuh..habis oklah. Lepas tu ambil lagi sepinggan penuh, habis, oklah..tpi takat mana mmpu mkn.. ini mgkn org jenis yg biasa mkn kt hotel. Org sebelah meja ada mata, bkn buta, nk tapau x boleh.

    sbb apa hotel letak mahal, kkdg ada manusia tu mcm baru first time masuk mkn buffet, ambil satu pinggan sepenuhya, lepas tu tak habis, separuh je makn, lepas tu round lagi, dtg lgi dgn pinggan penuh, mknlah, tinggal lgi separuh x habis. Relak kejap 1/2 jam, lepas tu ambil lagi mcm2 desert, kuih muih berjenis2, blum segala mcm buahan, semua tu separuh je makan..
    sbb tu hotel letak mhl…sbb menu nya dlm ratusan…semua menu ada termasuk western (barat) (asia barat/selatan).

    Kalau harga bawah rm80.00 /dewasa..berapa je ada menu..hanya makanan malaysia je.

    • Momo says:

      Ni lah yg aku maksud kan. Ko aje yg faham. You took the words outta my mouth. Diorg ni x faham hotel food bisnes. Kos nk siapkan each type of food tu berapa. Korang nk murah gi kedai mamak.

      Mmg ada hotel yg over caj tp maybe kos dia pun tinggi

    • Anonymous says:

      Pnat aku taip tau..mcm mls..aku gigihkn jugak…bgi semua fhm sikit. Sikit jdilh.

    • Anonymous says:

      Overrated la mkn hotel. Bayar mahal sbb lokasi dan brand hotel.,

Loading...