Written by serenity | May 17th, 2019

Setiap tahun, hotel pasti menyajikan hidangan-hidangan terbaik di Buffet Ramadan untuk mereka yang berminat. Jumlah hidangan boleh mencapai ratusan, dan biasanya terdiri dari juadah-juadah biasa Aidilfitri, makanan tempatan dan kuih-muih tradisional.

Gambar: Instagram Maya Karin

Bagaimanapun, pelakon Maya Karin baru-baru ini menyatakan yang dia rasa bosan dengan harga Buffet Ramadan yang dianggap mengarut.

Dengan harga dari RM 150 – RM 200 untuk dewasa dan RM 100 untuk kanak-kanak, masih banyak syarikat yang membayar untuk pakej Buffet Ramadan staf mereka.

Bagi Maya pula, dia tidak akan makan di Buffet Ramadan hotel-hotel kerana prinsipnya.

Ramai Netizen menyokong Maya Karin, dan menganggap Buffet Ramadan ialah antara punca 33% lebih makanan dibazirkan di bulan puasa berbanding bulan-bulan lain.

Ada juga menganggap berbuka puasa dengan mewah melencong dari tujuan berpuasa di bulan Ramadan kerana ia sepatutnya untuk merasakan pengalaman golongan tidak berkemampuan bukannya dengan bermewah-mewahan.

Ada juga yang mengatakan orang ramai patut berhenti menganggap bulan Ramadan seperti satu festival. – beautifulnara.com

50 responses to Siapa Makan Buffet Ramadan Di Hotel, Jangan Meroyan Pasal Ekonomi – Maya Karin

  1. Anonymous says:

    Jadi pengguna yg bijak…kalu company yg sponsor pegi je la…bkn kuar duit kita pon.

  2. Amy mat piah says:

    Kalau sekadar berlapar 12 jam kemudian waktu berbuka bantai makan mahal2 mcm ni. Apalah erti ramadhan pada kita. Celah mana mengingati orang miskin?

  3. Sales Person says:

    Orang2 Johor jom ke Tanjong Puteri Golf Resort di Pasir Gudang. Selera Ramadan Sri Tanjong hanya RM 98.00nett / dewasa dan RM 49.00nett / kanak2.

    untuk pembelian dan tempahan boleh hubungi 07 – 259 6136

    • Anon says:

      Hanya 98 rengget!!! Isshh awat murah sgt? Boleh tapau tuk sahur tak kalau x habis makan?