Baru-baru ini, timbul dakwaan mengatakan pelakon Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkata dirinya terbuka untuk berkahwin dengan mana-mana individu yang berasal dari industri seni.
Menjawab dakwaan itu, Puteri Sarah berkata dia cuma menjawab pertanyaan peminat melalui live di TikTok dah ketika ini masih tidak manis untuk bercakap tentang pengganti memandangkan diri masih dalam iddah.
Apa yang penting kalau masih lagi berjodoh untuk bersuami, saya mahukan seseorang faham dan boleh terima saya seadanya serta anak-anak.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, pelakon wanita itu turut mendoakan hal yang baik-baik untuk bekas suami, Syamsul Yusof melalui fasa rumah tangga bersama isterinya, Ira Kazar.
Katanya, hubungan bersama Syamsul Yusof serta mentua dijaga baik kerana anak-anak perlukan bapa, datuk dan nenek untuk membesar seperti kanak-kanak lain.
Sebelum ini, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah sah cerai talak satu pada 13 Jun lalu di hadapan Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas.