Baru-baru ini, teguran seorang kaunselor yang mesra dengan panggilan Ayah Haji terhadap Caprice mendapat perhatian ramai warganet.
Dia sempat menasihati penyanyi rap itu untuk berhenti melakukan perkara sebegitu dan berkata tidak perlu untuk Caprice menjadi ‘pembela agama’ jika dengan menyebarkan aib orang lain.
Jelasnya, perbuatan sebegitu tidak disukai oleh Rasulullah SAW.
Menyedari akan teguran dibuat kepadanya, Caprice menerusi instastory memaklumkan dia memasang niat untuk bersua muka dengan Ayah Haji.
Dia meminta jika ada individu dalam kalangan pengikutnya yang mempunyai nombor telefon Ayah Haji untuk berikan kepadanya kerana mahu ‘mengopi’.
Siapa siapa kenal Tuan Haji, whatsapp Caprice. Nak call/berkopi dan kongsi pendapat.”
Difahamkan, Caprice sudah dapat menghubungi Ayah Haji dan mereka berdua kini sedang berkomunikasi menerusi aplikasi Whatsapp.
Caprice kini menjadi bualan hangat netizen terutamanya di media sosial selepas ramai berasa ‘muak’ dengan tindakannya yang suka mendedahkan tentang ‘rahsia’ orang lain.
Bermacam kritikan diberikan kepadanya sejak dia dikatakan mula mahu masuk campur dengan isu membabitkan seorang guru, cikgu Fadli Salleh dengan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Mana tidaknya, selepas cikgu itu memaklumkan dia tidak mahu mana-mana pihak untuk cuba heret dia masuk ke ‘pentas’ mereka dan memilih untuk berjuang sendiri dalam urusan ini.