Selepas menerima teguran daripada seorang jurulatih kecergasan, Mohd Redzuan Zainol yang juga merupakan bapa kepada pempengaruh cilik Abang Aji mula menerima pelbagai reaksi daripada warganet.
Melalui satu hantaran di TikTok, seorang individu yang dipercayai bekerja di bawah Mohd Redzuan berkongsi video rutin harian majikannya di premis perniagaan mereka.
Individu tersebut menggambarkan Mohd Redzuan sebagai seorang majikan yang rajin dan tidak berkira dalam menjalankan pelbagai tugas di tempat kerja.
Jadi bos tak semestinya duduk dalam pejabat kira duit.
Bos saya dia seorang yang hebat kerana semua perkara dia boleh buat.”
Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen memuji sikap bertanggungjawab Mohd Redzuan sebagai seorang bapa, sekaligus menolak tuduhan bahawa dia mempergunakan anaknya demi keuntungan peribadi.
Dalam masa yang sama, ramai yang tampil mempertahankan beliau daripada kecaman segelintir pihak dengan menjelaskan bahawa perniagaan yang diusahakannya itu telah lama wujud, bukan sesuatu yang baru ditubuhkan.
Sebelum ini, seorang jurulatih kecergasan pernah menyuarakan kebimbangan terhadap keadaan fizikal Abang Aji yang didakwa mempunyai berat badan berlebihan pada usia muda.
Sebagai respon, Mohd Redzuan menjelaskan bahawa kandungan video yang dimuat naik hanyalah sekadar hiburan dan beliau turut memantau pemakanan anaknya dengan teliti.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.