Siapa Kata Saya Main-Main Menyanyi? Saya Serius – Fattah Amin

Hiburan

Siapa Kata Saya Main-Main Menyanyi? Saya Serius – Fattah Amin

Meskipun kemampuan vokal dan nyanyiannya selalu dikritik, ia sedikit pun tidak menghalang selebriti popular Fattah Amin untuk terus menyanyi. Menurutnya, sejak dari dahulu lagi dia mempunyai impian untuk bergelar penyanyi dan begitu serius menceburi bidang nyanyian.

Advertisement

Siapa kata saya main-main menyanyi? Saya serius. Cuma, menyanyi bukan seperti berlakon. Lakonan mengambil masa panjang, menyanyi pula rekod lagu dalam masa seminggu boleh siap.

Peminat kenal saya sebagai pelakon, tetapi jujurnya, saya serius menyanyi. Saya minat menyanyi sejak zaman kolej lagi, siap ada kumpulan sendiri.

fattah amin fazuraKatanya, dia akan terus menyanyi selagi mendapat pemintaan dan peminat yang mahu mendengar nyanyiannya. Menurut Fattah, meskipun agak sibuk dengan kerjaya lakonann, dia tidak henti menerima tawaran untuk mengadakan persembahan.

Wah! Bukan calang-calang,  kuat betul semangat Fattah untuk terus berjaya sebagai penyanyi. Siapa tahu satu hari nanti dia boleh membuktikan dirinya mampu bergelar seorang penyanyi yang hebat.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...