Segelintir pihak berasa kurang senang dengan pengumuman bahawa kumpulan rock terkenal antarabangsa, Coldplay bakal mengadakan konsert di Kuala Lumpur.
Bukan sahaja tidak bersetuju, mereka ini juga lantang menyuarakan bantahan mereka dengan menggesa konsert yang dijadualkan berlangsung pada November akan datang dibatalkan.
Perkara itu meraih perhatian penyanyi dangdut, Baby Shima yang turut menyuarakan pendapatnya dan berkata ia merupakan pilihan masing-masing.
Katanya, jika sesetengah pihak berasa konsert sebegitu adalah haram maka tidak perlulah mereka ini datang untuk menontonnya.
Konsert kat Malaysia tak ada masalah pun. Siapa nak tengok, pergi tengok. Siapa yang kata haram, jangan datang. Duduk rumah, duduk surau. Apalah susah sangat, hidup itu pilihan.”
Terdahulu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri telah memuat naik video mengalu-alukan kedatangan Coldplay di Malaysia.
Konsert kumpulan rock itu bakal diadakan pada 22 November akan datang di Stadium Nasional Bukit Jalil namun beberapa individu dilihat menggesa agar ia dibatalkan.