Melalui laporan Harian Metro, seorang Timbalan Presiden Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (Penghantar), Abdul Hakim Abdul Rani memaklumkan bahawa pendapatan yang diterima oleh penghantar makanan (rider) sudah semakin menurun sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Pendapatan ‘rider’ makin menurun
Difahamkan, punca ia berlaku susulan isu tambang dan upah yang tidak adil.
Dalam pada masa yang sama, persaingan yang tidak sihat dalam industri selepas pengelanan sistem bidaan (bidding) tambang, di mana pengguna boleh menetapkan kadar 30 peratus lebih rendah berbanding yang dicadangkan sesetengah syarikat pengendali e-hailing (EHO).
Dulu saya pernah jadi rider dengan meraih pendapatan kasar RM150 ke RM200 selama 12 jam sehari, tetapi kini mereka hanya mendapat RM60 dengan bekerja untuk tempoh lapan jam. Ini realiti yang kami hadapi.
“Kami tidak mahu tambang tinggi tapi bagi adil & berbaloi..”
Susulan itu, Abdul Hakim hanya berharap agar syarikat pengendali dapat memberikan tambang yang adil untuk semua penggerak pekerja gig.

Gambar hiasan
Bayangkan dari Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) RM35 sedangkan perkhidmatan kami pintu ke pintu dan kos ditanggung kami 100 peratus. Kami tidak mahu tambang tinggi. Kami mahu tambang yang adil dan berbaloi dengan servis dan kos pekerjaan.