“Siapa Kata Boikot Tak Bagi Impak…”- Berjaya Food Bhd Rekodkan Kerugian RM33.68 Juta Gara-Gara Kempen Boikot Starbucks

Berita

“Siapa Kata Boikot Tak Bagi Impak…”- Berjaya Food Bhd Rekodkan Kerugian RM33.68 Juta Gara-Gara Kempen Boikot Starbucks

Berjaya Food Bhd, pengendali jenama Starbucks, Kenny Rogers Roasters dan Paris Baguette di Malaysia serta Filipina telah mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM33.68 juta pada suku pertama kewangan berakhir 30 September 2024.

Menurut The Malaysian Reserve, ini menandakan syarikat tersebut mengalami kerugian empat suku berturut-turut.

Advertisement

berjaya food

Kerugian ini jauh berbeza berbanding keuntungan bersih RM19.03 juta yang diperoleh pada suku yang sama tahun lalu.

Berjaya Food menyatakan bahawa kempen boikot yang berlarutan memberikan impak yang besar kepada operasi Starbucks di Malaysia.

starbucks

Dalam laporan kepada Bursa Malaysia, Berjaya Food telah menyatakan bahawa syarikat sedang berhadapan dengan persekitaran makroekonomi yang sangat mencabar, namun ada perkembangan yang positif dalam inisiatif strategik yang diambil.

Saham syarikat turut mengalami kejatuhan sebanyak 6.8% kepada 41 sen, menjadikan nilai pasaran syarikat kini sekitar RM798.5 juta.

Untuk rekod, pada Oktober lalu Starbucks merekodkan penurunan jualan global sebanyak 7.0 peratus bagi tempoh Julai hingga September.

Menurut kenyataan akhbar Starbucks, salah satu punca utama kemerosotan prestasi ialah penurunan trafik pelanggan yang ketara.

starbucks malaysia
2 months ago

"Dakwaan Lebih 100 Kedai Starbucks Di Malaysia Tutup Adalah Palsu" - Starbucks Malaysia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...