Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Siapa Jadi Suami Nabila, Dia Orang Yang Paling Beruntung – Johan As’ari

Wow. Memang ayat tengah mabuk bercinta sungguh. Johan As’ari akhirnya mengesahkan ayat-ayat romantis yang diluahkan di dalam Twitter sememangnya ditujukan kepada Nabila Huda. Namun Johan masih menganggap status mereka sebagai kawan baik dan bukannya pasangan kekasih. Bagi Johan, perasaan cinta itu hanya akan wujud selepas akad nikah kelak.

johan dan nabila

Advertisement

Kata Johan kepada Mstar Online:-

Apa yang diluahkan dalam Twitter adalah gambaran perasaan saya terhadap Nabila. Kami saling menyayangi dan menghargai antara satu sama lain. Bagaimanapun, status hubungan ini hanyalah teman baik dan enggan menjadikannya secara formal sebagai sepasang kekasih. Ya, kami semakin akrab dan intim serta mengharapkan doa yang baik buat hubungan ini. Apabila sampai di tahap seterusnya, saya tidak akan segan untuk memberitahu kepada umum. Berdasarkan pengalaman yang lepas, kami tidak mahu lagi melabel perhubungan ini sebagai pasangan bercinta kerana belum tentu kekasih yang dicintai itu adalah jodoh kita kelak. Pada saya, cinta itu satu perasaan yang maha agung di mana ia akan muncul selepas akad nikah. Apa-apa pun, siapa yang menjadi suami Nabila, dia adalah orang yang paling beruntung.

Abang Nara tak sangka yang Johan seromantis ini orangnya. Walaupun muka nampak garang, namun dalam hati memang ada taman. Abang Nara doakan agar Johan akan menjadi manusia yang paling beruntung dengan berjaya memperisterikan Nabila suatu hari nanti. Kata orang, kalau dah jodoh, memang tak akan ke mana. Berusahalah Johan!!!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

156 Comments

  1. hamba allah

    July 27, 2012 at 3:13 pm

    rasa mcm, untung si wanita yg dpt suami yg sggp tanggung segala dosa beliau.. tengok luaran pn dh seram,, si lelaki, kembalikn igtan kamu semasa d skolah tahfiz dulu.,, xkn x tau mne kaca atau permata.. time2 kemaruk mcm ni, mak ayh adik beradik,mambe2, sila nasihat beliau…. termasuklh si nara skali,…

  2. sukahati aku nak tulis apa

    July 27, 2012 at 12:37 pm

    terpulang la korang nak kutuk ke apa… yg penting aku mmg minat ngn dua2 org nie.. sebelum nak kutuk2 org… cermin dulu diri kita sendiri…

  3. no

    July 26, 2012 at 8:08 pm

    nabila kan menggoda tu yg untungnya….

  4. hmmmmmm

    July 26, 2012 at 3:59 pm

    Johan Ashari poyo nie…ayat haruslah nk bajet bgos…..bler bajet islamik lag aku ase nak muntah jerk…mamat nie poyo gler….

  5. ermmmm

    July 26, 2012 at 12:19 pm

    Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud,
    “Sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya, maka ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut”.
    (Riwayat al-Tirmizi).

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama