Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Siapa Jadi Suami Nabila, Dia Orang Yang Paling Beruntung – Johan As’ari

Wow. Memang ayat tengah mabuk bercinta sungguh. Johan As’ari akhirnya mengesahkan ayat-ayat romantis yang diluahkan di dalam Twitter sememangnya ditujukan kepada Nabila Huda. Namun Johan masih menganggap status mereka sebagai kawan baik dan bukannya pasangan kekasih. Bagi Johan, perasaan cinta itu hanya akan wujud selepas akad nikah kelak.

johan dan nabila

Advertisement

Kata Johan kepada Mstar Online:-

Apa yang diluahkan dalam Twitter adalah gambaran perasaan saya terhadap Nabila. Kami saling menyayangi dan menghargai antara satu sama lain. Bagaimanapun, status hubungan ini hanyalah teman baik dan enggan menjadikannya secara formal sebagai sepasang kekasih. Ya, kami semakin akrab dan intim serta mengharapkan doa yang baik buat hubungan ini. Apabila sampai di tahap seterusnya, saya tidak akan segan untuk memberitahu kepada umum. Berdasarkan pengalaman yang lepas, kami tidak mahu lagi melabel perhubungan ini sebagai pasangan bercinta kerana belum tentu kekasih yang dicintai itu adalah jodoh kita kelak. Pada saya, cinta itu satu perasaan yang maha agung di mana ia akan muncul selepas akad nikah. Apa-apa pun, siapa yang menjadi suami Nabila, dia adalah orang yang paling beruntung.

Abang Nara tak sangka yang Johan seromantis ini orangnya. Walaupun muka nampak garang, namun dalam hati memang ada taman. Abang Nara doakan agar Johan akan menjadi manusia yang paling beruntung dengan berjaya memperisterikan Nabila suatu hari nanti. Kata orang, kalau dah jodoh, memang tak akan ke mana. Berusahalah Johan!!!

P.S: Kek zombie yang super cool!!!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

156 Comments

  1. nana

    July 28, 2012 at 8:17 pm

    “en. johan as’ari, awak ni bekas sekolah tahfiz, cara awak ni kadang2 mcm bg fitnah pd sekolah tahfiz…bukan nak menghina anak emy search tue… tp satu malaysia dah maklum cara perwatakan dier, pakaian dier termasuk la sosial dier… klu betul pun ada hati dgn dier… x perlu la bg statement yang menunjukkan kebodohan diri dalam menilai….awak sekolah tahfiz, x kan x pernah blaja ciri 2 seorang wanita untuk dijadikan isteri…”

    sapa yg nak kawen dgn nabila tu, johan or korang? yg korang sibuk sgt mengumpat pasal nabila tu pehal? u ni TUHAN ke nak cakap dia tu pmpuan jahat tak layak jadi isteri solehah? dont judge a book by its cover..please la MELAYU, jgn suka menghina dan mengumpat orang boleh tak?

    • pez armstrong

      August 24, 2012 at 5:39 pm

      u ni kan..ummm..same je..emmm..buku cover ke ape ke kalau dah prangai mcm tu da confirm2 la xelok..u ni terasa ke..ummm..watevaaaaaa..

Loading...
To Top