Wow. Memang ayat tengah mabuk bercinta sungguh. Johan As’ari akhirnya mengesahkan ayat-ayat romantis yang diluahkan di dalam Twitter sememangnya ditujukan kepada Nabila Huda. Namun Johan masih menganggap status mereka sebagai kawan baik dan bukannya pasangan kekasih. Bagi Johan, perasaan cinta itu hanya akan wujud selepas akad nikah kelak.
Kata Johan kepada Mstar Online:-
Apa yang diluahkan dalam Twitter adalah gambaran perasaan saya terhadap Nabila. Kami saling menyayangi dan menghargai antara satu sama lain. Bagaimanapun, status hubungan ini hanyalah teman baik dan enggan menjadikannya secara formal sebagai sepasang kekasih. Ya, kami semakin akrab dan intim serta mengharapkan doa yang baik buat hubungan ini. Apabila sampai di tahap seterusnya, saya tidak akan segan untuk memberitahu kepada umum. Berdasarkan pengalaman yang lepas, kami tidak mahu lagi melabel perhubungan ini sebagai pasangan bercinta kerana belum tentu kekasih yang dicintai itu adalah jodoh kita kelak. Pada saya, cinta itu satu perasaan yang maha agung di mana ia akan muncul selepas akad nikah. Apa-apa pun, siapa yang menjadi suami Nabila, dia adalah orang yang paling beruntung.
Abang Nara tak sangka yang Johan seromantis ini orangnya. Walaupun muka nampak garang, namun dalam hati memang ada taman. Abang Nara doakan agar Johan akan menjadi manusia yang paling beruntung dengan berjaya memperisterikan Nabila suatu hari nanti. Kata orang, kalau dah jodoh, memang tak akan ke mana. Berusahalah Johan!!!