Siapa Jadah Ni? Semak Stage Konon Juara- Azwan Ali Maki Naim Daniel

Hiburan

Siapa Jadah Ni? Semak Stage Konon Juara- Azwan Ali Maki Naim Daniel

Walaupun baru sahaja ingin menapak dalam industri muzik tempatan, Naim Daniel mengejutkan banyak pihak selepas berjaya merangkul gelaran juara pada malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke 34 (AJL34) baru-baru ini.

azwan ali maki naim daniel

Advertisement

Kemenangannya itu turut mendapat perhatian selebriti kontroversi, Azwan Ali. Seperti biasa, dia menerusi laman Twitter “melahar” penyanyi tersebut.

“Siapa jadah ni? Semak stage” – Azwan Ali

azwan ali maki naim daniel

Azwan mendakwa dia tidak mengenali Naim dan pada masa yang sama, dia turut menyatakan perasaan tidak hairan terhadap artis tersebut meskipun dinobatkan sebagai juara AJL34.

“Sayalah ‘jadah’ yang support uncle ketika PRU14” – Naim Daniel

azwan ali maki naim daniel

azwan ali maki naim daniel azwan ali maki naim daniel

Tidak hanya berdiam diri, Naim membalas kenyataan tersebut dan meluahkan rasa terkilan dimaki Azwan. Menurutnya, dia adalah salah seorang individu yang memuji dan menyokong Azwan semasa selebriti itu mahu bertanding di Pilihan Raya Umum lepas.

Sabarlah Naim, umum mengetahui sikap Diva AA dan tidak perlu terlalu melayan kritikannya itu. Apa yang penting, teruskan bersemangat untuk berkarya dan buktikan anda seorang penyanyi yang berbakat dan mempunyai kelas tersendiri.

Sumber Berita : Forum CARI

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...