Awal pagi semalam, Fasha Sandha ada memuat naik foto serta status yang cukup mendalam mengenai mereka yang kaya dan miskin di Instagram miliknya.
Ia ada berbaur sindiran sedikit apabila Fasha menerusi kapsyen beliau menyebut, tidak kira pangkat atau darjat serta kekayaan seseorang itu, yang salah tetap akan salah dan tidak boleh lari daripada undang-undang.
Ada yang tertanya, apakah maksud disebalik kata-kata Fasha, namun ada sesetengah pihak percaya ia seakan luahan tidak puas hati Fasha terhadap kenyataan Jejai yang menafikan tuduhan beliau sering mengganggu Fasha dan mengawal pergerakkan aktres itu meskipun sudah bercerai.
Berikut adalah satus yang dimuat naik oleh Fasha :-
Jangan lupa, kaya atau miskin, tetap masuk kubur yang sama, tiada bezanya. Jadi jangan lupa, negara ada undang2, tak kira untuk yang kaya mahupun yang miskin. Kaya, pangkat darjat sekalipun, kalau salah,tetap salah. Jadi tak perlu cuba menidakkan perkara yang tetap salah daripada hukuman dan undang2.
Sekiranya ‘berjaya’ menggunakan pangkat dan darjat untuk perkara yang semestinya salah, maka beringatlah, Allah ada, Allah lebih mengetahui dan Allah Maha adil, maka terimalah hukuman yang setimpal daripada Allah yang maha Esa di akhirat kelak.. Renung2 kan, alam Subuh.
Hmmmphh..kalau benar ia berkaitan dengan kes laporan polis Fasha Sandha terhadap Jejai, kami harap mereka berdua boleh selesaikan masalah berkenaan dengan cara yang lebih baik dan tidak bergaduh. Macam mana pun, mereka harus bersatu juga dalam menjaga anak-anak mereka dan lebih baik tidak bermasam muka..