Pelakon, Fattah Amin sekali lagi menjadi bualan netizen apabila dia berhasrat ingin menjual ‘merchandise’ yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi.
Menerusi satu hantaran yang dibuat di Instagram Storynya, pelakon itu bertanya sama ada peminatnya mahu membeli ‘merchandise’ sekiranya dikeluarkan.
Kalau saya keluarkan sendiri merchandise ‘FA limited edition’ korang nak beli tak?
Pelakon itu turut berkata barangan yang bakal dijual adalah dalam kuantiti yang sedikit.
Saya buat tak banyak, siapa cepat dia dapat okay?
Ekoran itu, netizen mengkritik pelakon tersebut kerana dia seolah-olah menunggang isu penceraiannya untuk meraih populariti.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.