Siapa Cakap Orang Malaysia Tak Jujur? Pembaca Kongsi Kisah Dibantu Apabila Barang Tercicir

Kehidupan

Siapa Cakap Orang Malaysia Tak Jujur? Pembaca Kongsi Kisah Dibantu Apabila Barang Tercicir

Pembaca Kongsi Cerita Masih Ada Lagi Insan Yang Jujur Pulangkan Barang Yang Tercicir

 

Advertisement

Masih adakah lagi insan yang jujur, jika mereka jumpa barangan yang bukan milik mereka dan tekad untuk mencari pemilik sebenarnya? atau beranggapan bahawa duit atau barang yang dijumpai adalah rezeki terpijak dan hak mereka sendiri.

Seorang pembaca Amazing Nara telah berkongsikan kisahya bertemu dengan insan-insan bertanggungjawab yang bersikap amanah.

Ceritanya beliau telah kehilangan dompet di KFC semasa makan tengah hari. Setelah selesai sahaja makan, balik semula ke pejabat, dompet sudah tiada.

Paniknya masa tu, kelam kabut cari satu ofis, kereta tetapi masih tiada.

Tetapi tak terfikir pula boleh tercicir di KFC, dan bila dah terlintas hilang di KFC, pergi semula ke sana. Rupa-rupanya masa nak masuk kereta itu terjatuh.

“Syukur Alhamdulillah, masih menemui insan yang jujur dan amanah.”

Kami turut bertanyakan kepada para pembaca adakah mereka pernah alami situasi sama seperti ini?

Bersyukur masih ramai lagi insan yang jujur 

Kisah 5 tahun dahulu, berhenti sekejap tepi jalan untuk beli air manga dekat kawasan Kuala Selangor. Masa nak masuk dalam kereta pergi letak air, beg dompet atas bumbung kereta sebab nak tekan kunci kereta dan buka kereta.

letak dompet atas bumbung kereta

Air mangga ambil masuk kereta tapi dompet tertinggal atas bumbung kereta. Kereta dah berjalan dalam 1 KM lebih dapat panggilan telefon dari seorang lelaki yang menjumpai dompet itu. Lelaki itu dan saya berjumpa di hadapan balai bomba serahkan dompet semula. Dapat kembali dompet tiada barangan yang hilang, syukur Alhamdulilah Allah temukan orang yang amanah.

Staf kedai makanan segera punya sifat amanah

Sebagai apa pun kita bekerja, sikap jujur dan amanah perlu menjadi elemen utama dalam mengerjakan pekerjaan yang telah dipertanggungjawabkan.

staf makanan ringan amanah

Pokok pangkalnya, setiap individu perlu menjadikan sifat jujur dan amanah di ‘tangga’ paling atas ketika melakukan kerja-kerja seharian terutamanya kerja-kerja yang melibatkan orang lain.

Tak semua orang bernasib baik

Tapi tak semua orang yang bernasib baik dapat semula barang atau duitnya kerana tak semua manusia ini punya sifat amanah.

masa kemalangan duit hilang

Menurut seorang pembaca kami, ketika dia ditimpa musibah di jalan raya, duitnya habis dikebas dan hanya tinggal dompet kosong sahaja.

Selalunya orang seperti ini tiada lagi rasa ‘malu’ dan hiraukan kecederaan tuan punya wang yang berada di tempat yang sama dan lebih bersifat tamak.

Manakala Wanita ini tercicir dompetnya semasa pulang dari KFC. Sedar-sedar dua bulan lepastu dia terjumpa dompet yang hilang dalam semak di kawasan rumahnya.

beg duit jatuh

Gambaran-gambaran di atas sebenarnya mampu memberikan sedikit idea berkenaan sikap segelintir masyarakat kita hari ini.

Sikap tidak amanah apabila berhadapan dengan peluang mendapat wang dan peluang mudah, dengan segera disambar tanpa menghiraukan kesan luka di dalam hati mangsa.

Terima kasih kepada anda yang selalu bersikap jujur dan amanah.

Semoga kehidupan anda dipermudahkan kerana membantu orang.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...