Sesiapa yang dekat luar bandar itu, teringin nak kerja kat sini tetapi tak mampu sebab sewa rumah mahal dan perlukan deposit 3 bulan awal. Mana nak cekau duit? Baru sangat nak bina kerja di bandar besar.
Apa kata anda buat permohonan menyewa penginapan untuk orang bujang B40 yang berkerja di ibu kota pada Ogos ini dengan kadar serendah RM 100 seorang. Murahkan? Lepaslah anda nak buat tambang naik kenderaan awam.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan membuka permohonan menyewa tempat penginapan dalam program perumahan bandar untuk golongan bujang B40 yang bekerja di ibu kota pada Ogos menurut Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan.
Katanya permohonan itu boleh dibuat secara dalam talian menerusi sistem ePerumahan DBKL iaitu http://eperumahan.dbkl.gov.my/erumah/.
Menurut beliau, pihaknya akan menerima 188 penyewa dalam fasa pertama manakala 135 penyewa untuk fasa kedua.
Permohonan pada fasa pertama Ogos ini dan mereka dijangka akan mula menyewa pada Oktober dengan kadar serendah RM100 seorang.
A mock-up unit as seen in Lot 54 & 57 of Jalan Tuanku Abdul Rahman. This is part of the upcoming micro-housing project by DBKL for single B40 working adults. Rental is set at RM100/month, inclusive of bills. Tenants are allowed to stay for a maximum of 18 months. pic.twitter.com/AZ6pHaG4cv
— BFM News (@NewsBFM) April 16, 2019
Katanya pihaknya telah memperuntukkan kira-kira RM7 juta bagi mengubah suai bahagian dalaman dua blok tujuh tingkat premis 54 dan 56 di Jalan TAR untuk projek itu melibatkan ‘lower ground’ sehingga tingkat empat untuk fasa satu dan fasa dua dari tingkat lima hingga tujuh dan bumbung untuk kedua-dua premis.
Kami berharap ia akan membantu mengurangkan masalah golongan muda yang memerlukan tempat kediaman di peringkat awal dalam alam pekerjaan di ibu kota.
Menurut Nor Hisham, antara syarat-syarat kelayakan pemohon adalah:
- Seorang warganegara Malaysia berusia 18 hingga 35 tahun.
- Berpendapatan kurang RM2,000 sebulan.
- Berkerja di ibu kota serta tidak memiliki rumah dan kereta dan jika didapati membeli rumah, mereka akan diminta berpindah.
Pihaknya akan menjadikan projek ini sebagai perintis bagi memperluaskan kemudahan ini di kawasan tumpuan ramai.
Bangunan lama juga akan digunakan semula oleh DBKL untuk tujuan itu dan antara kawasan yang akan dipertimbangkan adalah di sekitar Chow Kit.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Pelaksanaan Projek dan Penyelenggaran Bangunan DBKL, Norzaini Noordin berkata program ini berkonsepkan perkongsian ruang dengan setiap tingkat kediaman setinggi tujuh tingkat itu mengandungi empat hingga lima unit ruang ‘shared space’ berkeluasan tujuh meter persegi setiap unit yang mengandungi tiga hingga enam katil berserta almari.
Katanya penyewa boleh menambah apa-apa keperluan yang dibenarkan seperti meja, kerusi atau rak kecil dalam ruang mereka dan antara kemudahan yang disediakan di perumahan bandar ini adalah tempat letak basikal dan motosikal, ruang santai, surau, pejabat penyelia, dobi, ruang membaca, pantri, dan tandas.
Kami turut akan menempatkan penyewa orang kurang upaya (OKU) di tingkat bawah bagi memudahkan pergerakan mereka.