Tindakan penyanyi veteran serta juri untuk program Famili Duo, Mas Idayu memberi komen dalam nada menengking telah mendatangkan rasa kurang daripada kalangan serta beberapa rakan selebriti.
Sedar diri dikecam oleh beberapa rakan selebriti atas tindakan yang dilakukan, Mas Idayu tidak mendiamkan diri dan menyelar semula mereka dengan meminta untuk berhenti ‘berkokok’ mengenai isu terbabit.
Penyanyi dangdut turut mempersoalkan kenapa selepas 16 tahun dirinya menjadi juri profesional, baru sekarang ini ramai selebriti yang ‘menyalak’ terhadap komen ‘pedasnya’ itu.
View this post on Instagram
Dalam pada masa yang sama, penyanyi berumur 51 tahun itu memperjelaskan bahawa dia hanya menjalankan tugas dengan memberi komen ikhlas buat penyanyi duo, Sissy Iman dan Naim Daniel.
Dalam mana-mana program stesen TV pun saya tidak pernah diberi amaran. Ini bermakna mereka suka dengan karakter saya. Betul tak?
Bahkan, sebelum dia menandatangani kontrak menjadi juri program berkenaan, pihak produksi tiada pula memberi sebarang amaran untuk jangan bersikap terlalu tegas terhadap peserta semasa memberi komen.
Sekadar info, Mas Idayu telah memberi komen ‘pedas’ terhadap Sissy Iman dan Naim Daniel hingga membuatkan peserta wanita itu menangis di atas pentas. Bukan saja netizen, rakan selebriti turut menegur juri terbabit untuk tidak menjatuhkan maruah orang di kaca TV.