Siapa Berani Cuba ‘Cockroach Challenge’?

Trending

Siapa Berani Cuba ‘Cockroach Challenge’?

Boleh dikatakan setiap tren di luar negara menjadi ikutan kepada semua orang. Dari ‘ice bucket challenge’, ‘kiki challenge’, ‘fallingfromstartschallenge’, ‘PanamaDanceChallenge’, dan paling terbaru ‘trash challenge’.

Baru-baru ini telah viral di media sosial satu cabaran baru dan agak mengelikan untuk diikut oleh semua warga media. Tetapi ada diantara mereka yang berani lakukan cabaran ini.

Advertisement

Namun tren terbaru iaitu cabaran lipas ataupun ‘Cockroach Challenge’ ini memerlukan individu meletakkan lipas pada muka mereka sendiri.

Jika kita jumpa lipas dalam rumah sendiri pun dah menjerit satu rumah, inikan pula letakkan lipas di muka sendiri.

Cabaran ini telah dimulakan oleh seorang pengguna Facebook Alex Aung dari Mynmar.

Beliau telah meletakkan lipas pada bahagian mukanya lalu mengambil swafoto diletakkan ke akaun Facebook miliknya dengan kapsyen “Cabaran terbaru. Bolehkah anda lakukan?”

Alex telah meletakkan gambar swafotonya di Facebook pada 20 April lalu dan mendapat perkongsian sebanyak 18,000 dan 5,000 tanda suka.

Cabaran yang beliau lakukan telah tular di media sosial, dimana ada antara mereka yang sanggup ataupun tidak untuk melakukan cabaran ini.

Apa yang mengejutkan ramai juga netizen yang membalas komen pada akaun Facebook miliknya dengan meletakkan gambar mereka dengan lipas.

Meskipun bermula di Facebook, cabaran pelik itu kini mula mendapat perhatian pengguna Twitter.

 

Bagaimanapun, setakat ini, individu yang menyahut cabaran lipas rata-ratanya dari Filipina, Myanmar dan Indonesia.

Cabaran-cabaran yang viral di internet kebanyakannya tidak memberi keuntungan kepada mana-mana pihak. Contohnya, Kiki Challenge ia sebenarnya mengundang bahaya kepada mereka yang keluar dari kereta untuk menari di atas jalan raya.

Cabaran Lipas boleh mempunyai beberapa kesan buruk yang serius terhadap kesihatan kerana sifat lipas memang kotor.

Jika anda semua ingin mencuba cabaran ini, fikir dahulu sebelum mencuba ya.

Anda nak cuba # CoackroachChallenge? Kalau saya tak naklah geli sangat.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...